Koleksi Ujian Diagnostik UPSR

Koleksi Ujian Diagnostik UPSR

Mahupun  keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), para guru perlulah berusaha membantu murid mencapai keputusan yang terbaik.

Tiga lagi komponen  dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Ujian dan penilaian merupakan salah satu instrumen untuk mengukur pencapaian dan penguasaan murid dalam satu satu kandungan pelajaran di sekolah.

Penilaian membawa definisi tersendiri mengikut pandangan masing-masing. Menurut Jamila K.A Mohamed mendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi perkembangan intelektual, emosi, bahasa, kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan. Manakala menurut Atan Long, penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran dan pembelajaran samaada telah mancapai objektif atau tidak.

D.Stuflebeam,dalam bukunya Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa penilaian adalah satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk  membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya.

Menurut Jamila K.A Mohamed (2005) mendefinisikan penilaian pengesanan adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan murid supaya dapat mengenalpasti masalah atau ketidakupayaan  sebenar yang menyebabkan murid tidak dapat mencapai objektif pembelajaran.

Ujian pengesanan ini dilaksanakan bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran di awal tahun supaya para guru dapat bersedia dengan pelbagai kaedah dan cara penyelesaian untuk membantu murid skor markah peperiksaan dengan lebih baik.

Tujuan penilaian pengesanan dilakukan adalah untuk mengumpul maklumat bagi proses penyimpanan rekod. Hasil kajian penilaian pengesanan yang dilakukan akan digunakan untuk tujuan rujukan dalam merancang aktiviti atau pengajaran yang sesuai kepada kanak–kanak tersebut.  Selain itu hasil penilaian ini juga boleh diserahkan kepada pihak berkaitan dalam usaha meningkatkan keupayaan kanak–kanak tersebut.

Berikut merupakan koleksi Ujian Diagnostik UPSR untuk diguna oleh rakan guru dan murid tahun 6.

Koleksi Ujian Diagnostik Bahasa Melayu UPSR

Koleksi Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris UPSR

Koleksi Ujian Diagnostik Matematik UPSR

Koleksi Ujian Diagnostik Sains UPSR

Jutaan terima kasih kepada rakan guru yang berkongsi. Semoga guru yang berkongsi ini beroleh kesenangan dan kemudahan atas jasa memudahkan urusan orang lain.

Para guru boleh mentadbir ujian diagnostik ini dengan lebih awal kepada murid supaya guru dapat mengukur pencapaian murid dan melihat kelemahan kelemahan murid lebih awal supaya masa yang tinggal lebih kurang 9 bulan dapat digunakan sebaik mungkin.

 

Add Comment