Virus Shortcut: Bagaimana Menghapuskannya Tanpa Merosakkan Fail?

Virus Shortcut: Bagaimana Menghapuskannya Tanpa Merosakkan Fail?

Virus Shortcut adalah satu virus di mana, fail fail yang kita simpan di dalam Pendrive akan hilang dan menjadi satu fail yang bersimbol shortcut. Ini menyebabkan kita terpaksa format pendrive kita bersama-sama fail tersebut. Pasti ini akan menimbulkan masalah pada diri kita sendiri lagi-lagi kalau fail yang ingin digunakan itu sangat penting. Tapi tahukah anda yang virus tersebut boleh dibuang dan fail-fail di dalam pendrive tersebut boleh diselamatkan? Terdapat dua cara yang boleh digunakan tanpa perlu untuk install software atau membeli antivirus. Caranya adalah:

  1. Menggunakan Windows Command.
    1. Scan Pendrive anda terlebih dahulu.
    2. Taip Folder option di ruangan Search dan tekan Enter.

      Folder Option

      Langkah 2

    3. Klik Organize dan pilih Folder and search option.

      Folder and Search Options

      Langkah 3

    4. Klik View. Tandakan pada Show hidden files, folders and drived. Untick pada kotak Hide extensions dan Hide Protected. Kemudian klik Apply.

      Klik Pada Yang Berkenaan

      Langkah 4

    5. Buka pendrive tadi dan biarkan ia terbuka.
    6. Taip cmd di ruangan Search dan tekan Enter.

      cmd

      Langkah 6

    7. Taip attrib -h -r -s /s /d f:\*.* dan tekan Enter. – f adalah lokasi pendrive anda. Jika lokasi tersebut pada E, taip E.
      cmd display

      Langkah 7

      Tunggu sehingga command second muncul. Apabila telah muncul, pendrive anda telah siap dibersihkan dan tidak menjadi shortcut lagi.

    8. Jangan lupa untuk restore defaults semula setting sebentar tadi. Okay, selesai pun.
  2. Menggunakan Shortcut Virus Remover 3.1
    1. Cara ini lebih mudah dan senang tetapi memerlukan pengguna memuat turun terlebih dahulu. Penggunaannya tidak memerlukan install, terus boleh digunakan. Boleh muat turun di sini VirusShortCutRemover.
    2. Setelah memuat turun software tersebut, run software tersebut dan klik Pendrive.

      Software

      Shortcut Virus Remover v3.1

    3. Kemudian di bawah Select Device, pilih lokasi pendrive anda. Sama seperti cara pertama jika pendrive pada E, pilih E. Selepas itu, tekan Scan.
    4. Di dua kotak besar sebelah akan memaparkan virus yang ada di dalam pendrive tersebut. Tekan Select ALL dan tekan Delete.

      Display

      Virus Shortcut Remover v3.0 Display

    5. Alhamdulillah, pendrive telah pun bersih dan fail-fail anda telah selamat.
    6. Kebiasaannya fail-fail anda sekarang berada dalam keadaan hidden, oleh itu. Taip folder option di ruangan Search dan tekan Enter. Klik Organize dan pilih Folder and search option. Klik View. Tandakan pada Show hidden files, folders and drived. Kemudian tekan OK.
    7. Dah siap!

 

Jangan lupa kongsi kepada kawan-kawan yang lain dan like facebook page kami untuk mendapatkan maklumat maklumat lain.

————–> Travel Trending Tular <————–

Add Comment