11 Tip Mudah Untuk Lulus Temuduga (Perkongsian Baik Daripada Seorang Individu)

11 Tip Mudah Untuk Lulus Temuduga

(Perkongsian Baik Daripada Seorang Individu)

11 Tip mudah yang dikongsi oleh saudara Ameirul Azraie. Diharap dengan tip-tip ini dapat memudahkan persediaan kalian untuk menghadapi sesi temuduga nanti.

1. Jemputan

Setiap panggilan temuduga, pastikan anda menerima jemputan dalma bentuk emel. Ini memudahkan urusan anda semua sebelum dan selepas temuduga nanti.

2. Dokumen-Dokumen Berkaitan

Apabila temuduga, kebiasaanya ’employment form’ yang telah siap bertulis, transkrip dan sijil yang berkaitan (salinan asal dan fotokopi), CV terkini, dan gambar passport. Kalau kalian memang tengah memburu kerja, sediakan paling kurang 10 set.

3. Pakaian

Memakai pakaian yang kemas dan sopan.

Untuk lelaki, kebiasaannya satu kemeja dan satu set blazer dan seluar sama sudah mencukupi. Warna blazer adalah hitam, dan seluar dalah hitam, kelabu dan warna gelap lain. Jangan lupa tali leher dan kasut hitam yang berkilat.

Untuk Perempuan, set baju kurung, set baju kemeja, seluar dan blazer atau set baju kemeja, skirt bawah paras lutut dan blazer.

4. Datang Awal

Biasakan datang 30-60 minit lebih awal dari waktu temuduga. Jikalau hadir awal, anda boleh persiapkan diri anda dengan solat sunat dhuha atau solat sunat 2 rakaat. Selepas solat, berdoalah kepada Allah memohon ketenangan dan dipermudahkan segala urusan temuduga. Ingatlah bahawa hati manusia ni Allah yang genggam. Allah juga yang Maha Berkuasa untuk menggerakkan hati penemuduga anda.

5. Dapatkan Maklumat Tambahan

Jika jemputan temuduga melalui emel. Cuba dapatkan Job Description (JD) jawatan serta nama penuh dan jawatan penemuduga.

Dengan JD itu, anda boleh buat persediaan untuk menjawab soalan-soalan teknikal dan juga soalan berkaitan karekter anda. Lihat juga CV dan JD kemudian anticipate soalan-soalan yang mungkin ditanya. Yang paling penting, senaraikan 3 poin utama untuk anda menjadi aset penting kepada syarikat.

Tambahan lagi, dengan maklumat penuh dan jawatan penemuduga itu, anda boleh stalk mereka di LinkedIn. Melalui cara ini, anda dah tahu latar belakang penemuduga anda dan anticipate soalan-soalan yang mungkin akan ditanya nanti.

6. Baca Bismillah 50 Kali

Sebelum masuk bilik temuduga, baca 50 kali bismillah. Fadilat baca bismillah 50 kali ini dapat melembutkan hati manusia yang kita bersemuka atau apa-apa zikir lain pun boleh. Bila dah masuk tuh, tinggal Allah je yang boleh tolong kita.

7. Latih Diri

Cuba latih diri dengan menjawab soalan pemanas badan secara lancar dalam BI. Soalan pemanas badan yang lazim adalah, “Tell me about yourself”. Pastikan anda boleh menjawab soalan ini dengan lancar selama 3-5 minit. Kalau boleh jangan gagap okay.

Selain itu, latih diri juga untuk jawab soalan-soalan lazim yang berkaitan industri, syarikat, JD, dan CV anda. Pastikan setiap poin dalam CV anda boleh huraikan secara mendalam. Melalui huraian ini, penemuduga boleh ‘gauge’ anda boleh buat kerja seperti yang tertulis dalam JD atau tak.

Tambahan lagi, latih diri juga untuk bertanya soalan-soalan berkaitan industri, syarikat, dan JD. Elakkan bertanya mengenai gaji. Bila ditanya baru kita bagitahu berapa expected gaji kita nak.

8. Business Card

Habis temuduga, dapatkan business card semua penemuduga anda. Dengan cara ini anda boleh follow-up lepas temuduga.

9. Thank You Email

Hantar ‘Thank You Email’ kepada semua penemuduga anda dalma tempoh 24 jam selepas temuduga.

10. Mohon Doa

Sebelum dan selepas temuduga, telefon ibu bapa dan mohon doa daripada mereka. Doa mereka sangat mustajab.

11. Amal Ibadah

Banyakkan sedekah, solat dhuha dan solat tahajjud. Ini sahaja cara mudah untuk menjemput rezeki (lulus temuduga)

 

Jangan lupa like facebook page kami untuk pelbagai perkongsian lagi

——————–> Travel Trending Tular Terkini <——————–

 

 

Add Comment