England Berjaya Mara Ke Separuh Akhir Piala Dunia 2018

England Berjaya Mara KeĀ  Separuh Akhir Piala Dunia 2018

Seperti yang kita semua tahu, baru sahaja tadi perlawanan di antara England dan Sweden untuk menentukan siapa yang layak ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Russia. England yang sebelum ini layak ke suku akhir selepas menewaskan Colombia dan Sweden layak ke suku akhir selepas menewaskan Switzerland.

Kesebelasan Utama England

Pemain-pemain kesebelasan utama England tadi adalah: Pickford, Walker, Stones, Maguire, Trippier, Alli, Henderson, Lingard, Young, Sterling dan Kane.

Manakala pemain-pemain simpanan adalah: Butland, Rose, Dier, Vary, Welbeck, Cahill, Jones, Delph, Rashford, Loftus-Cheek, Alexander-Arnold dan Pope.

Kesebelasan Utama Sweden

Pemain-pemain kesebelasan utama Sweden sebentar tadi adalah: Olsen, Krafth, Lindelof, Granqvist, Augustinsson, Claesson, Larsson, Ekdal, Forsberg, Berg dan Toivonen.

Manakalala pemain-pemain simpanan adalah: Johnsson, Olsson, Guidetti, Svensson, Helander, Hiljermark, Jansson, Rohden, Durmaz, Thelin dan Nordfeldt.

Keputusan Perlawanan

Perlawanan sebentar tadi membawa keputusan memihak kepada England apabila menewaskan Sweden dengan jaringan 2-0. Pada separuh masa pertama, England membuka jaringan pada minit yang ke-30. Hasil sepakan sudut yang ditanduk baik oleh Harry Maguire. Kemudian separuh masa pertama berkesudahan 1-0.

 

Maguire

Tandukan Maguire

Kemudian separuh masa kedua bersambung. Pada minit yang ke-58, England berjaya membolos lagi gawang Sweden hasil tandukan Delle Ali.

Ali

Tandukan Delle Ali

Biarpun Sweden rancak mengasak kubu England, namun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan sehingga ke tiupan wisel terakhir. Sweden terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan menghadiahkan tiket Separuh Akhir Piala Dunia 2018 kepada England. England yang akan bertemu Crotia ataupun Russia pada perlawanan separuh akhir nanti jam 2 pagi.

Manakala, laluan satu satu lagi menjadi perhintungan buat Belgium dan France. France yang terlebih dahulu menempah tiket separuh akhir apabila menewaskan Uruguay 2-0 dan Belgium pula mengejutkan skuad samba iaitu Brazil dengan 2-1 pada perlawanan suku akhir yang sudah memadai melayakkan mereka bertemu nanti.

Admin rasa nanti untuk perlawanan akhir, Belgium akan melawan England. Sama-sama kita nantikan keputusannya.

 

Jangan lupa like facebook page kami untuk pelbagai perkongsian lagi

——————–> Travel Trending Tular Terkini <——————–

 

Add Comment