Tip-Tip Mudah Peroleh Kerja Melalui Job Street

Tip-Tip Mudah Peroleh Kerja Melalui Job Street (Perkongsian)

Tip-tip mudah untuk memperoleh kerja melalui Job Street. Ini berdasarkan perkongsian daripada pemilik akaun twitter @Azmira_ASA yang berjaya dipanggil interview. Diharap perkongsian ini dapat diguna pakai oleh graduan graduan yang baru sahaja ingin mencari kerja di Job Street.

Tip-Tipnya Adalah Seperti Berikut:

  1. Sempurnakan segala info yang diminta dan selalu update dari semasa ke semasa. Bagi fresh graduate yang tidak mempunyai pengalaman kerja, boleh letakkan pengalaman ketika intership. Kemudian, untuk Expected salary, kaji terlebih dahulu bidang kalian. Selalunya tawaran untuk fresh graduate adalah antara RM1800-RM2500 bergantung kepada syarikat itu.
  2. Resume –  Buat seringkas mungkin tetapi padat dan senang untuk difahami. Tak perlu terlalu fancy dan banyak warna. Pastikan gambar yang digunakan adalah terbaru dan kemas. Kalau nak senang lagi boleh minta dengan senior-senior ataupun sesiapa yang kerja. Boleh rujuk resume mereka.
  3. Skill & Experience – Boleh cuba google ayat yang senang difahami dan sesuai dengan term bahagian yang dimohon. Contohnya macam bahagian management, boleh letak skill management macam critical thinking ataupun creative thinking. Mana yang korang rasa okay la dengan jawatan tuh.
  4. Lepas dah edit resume lawa-lawa ape semua, upload dekat sini.
  5. Kemudian, Lepas tuh keep on tengok job yang paling terbaru Kak Lina (dia akan announce pos pasal kerja). Yang ada warna biru tu adalah kena dengan Preference yang korang letak. Buka bahagian Job Scope dia, fahamkan dan kebiasaanya untuk fresh graduate ni sesuai dengan 1-2 work experience requirement. Jadi korang boleh cuba.
  6. Ada case yang company tinggalkan email, nombor ws or else. Kalau nak apply pastikan waktu office hour takdelah nanti macam terlepas pandang ke ape. Takpu korang save dulu, esok buka balik mohon.
  7. Bahasa Ketiga – Maybe ada dikalangan korang yang takut bila letak bahasa ketiga. Korang apply je sebab ada je company yang panggil even korang tak tahu bahasa ketiga.
  8. CV- dalam cv dekat JS tu, korang letak je ayat seringkas mungkin. Contohnya “Here I attached my resume….Hope to see you for discuss about this position..”
  9. Jangan bagi kosong pulak ataupun ayat seketul-ketul.
  10. Deadline – setiap job dekat company tu ada deadline. Jadi baca dan alert dengan segala benda.
  11. Kalau company tu macam request application boleh buat through email resume dengan cover letter. Lagi senang nak dapat respon sebab dah nampak proper.

 

Sumber: Twitter @Azmira_ASA

 

Jangan lupa like facebook page kami untuk pelbagai perkongsian lagi

——————–> Travel Trending Tular Terkini <——————–

Add Comment