Himpunan HSP Pelbagai Mata Pelajaran KBSM Tingkatan 4

Himpunan HSP Pelbagai Mata Pelajaran KBSM Tingkatan 4

Apakah yang dimaksudkan dengan Huraian Sukatan Pelajaran atau secara ringkasnya HSP?

  • HSP ialah dokumen perincian kepada Sukatan Pelajaran¬†untuk memudahkan guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dan mencapai objektif Huraian Pembelajaran Utama dan Huraian Pembelajaran Khusus.

Apakah ciri-ciri HSP ini?

  • Huraian Sukatan Pelajaran mempunyai¬† tiga lajur iaitu ¬†hasil pembelajaran, huraian hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti yang menunjukkan aras perbezaan murid bagi kemahiran yang berkenaaan contohnya kemahiran mendengar.
  • Lajur pertama: Hasil Pembelajaran merangkumi huraian pembelajaran utama dan huraian pembelajaran khusus.
  • Lajur kedua: Huraian Hasil Pembelajaran mempunyai aras 1,2 dan 3.
  • Lajur ketiga: Cadangan aktiviti yang melibatkan pembelajaran terbabit.

Tiga aras terdapat dalam Huraian Hasil Pembelajran:

  • Aras 1: Aras minimum yang perlu dikuasai oleh murid-murid
  • Aras 2: Aras yang mencabar yang perlu dikuasai oleh murid setelah menguasai aras 1.
  • Aras 3: Aras yang paling mencabar yang perlu dikuasai oleh murid setelah menguasai aras 2.

Apakah perbezaan Sukatan Pelajaran (SP) dengan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) ?

  • Dari segi definisinya, HSP lagi terperinci dan memudahkan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan mencapai objektif Huraian Pembelajaran Utama dan Huraian Pembelajaran Khusus.
  • Dari segi kandungan dia berbeza di antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
  • SP mempunyai 10 objektif manakalah HSP tidak mempunyai objektif.
  • SP tidak mempunyai Konsep 5P, tetapi HSP mempunyai Konsep 5P iaitu Pengabungjalinan, Penerapan, Pengayaan, Pemulihan dan Penerapan.

Berikut adalah Himpunan HSP Pelbagai Mata Pelajaran KBSM Tingkatan 4 :

Matematik Tambahan

Bahasa Tamil

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Fizik

Geografi

Pendidikan Moral

Matematik

Sejarah

Sains

Pendidikan Islam

 

Bahan bahan yang dikongsikan seperti RPT, modul, kertas peperiksaan, nota dan pelbagai lagi adalah perkongsian bahan pdpc daripada rakan rakan guru seluruh Malaysia. Dibenarkan para guru, ibubapa atau pelajar berkongsi dengan rakan rakan yang lain.

Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah

Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.

 

Add Comment