Apakah Itu Pegawai Tadbir Diplomatik?

Apakah itu Pegawai Tadbir Diplomatik Atau PTD?

Apakah Itu Pegawai Tadbir Diplomatik?

Pernahkah anda mendengar perihal Pegawai Tadbir Diplomatik atau PTD? Apakah peranan mereka dalam pentadbiran negara? Secara umumnya, Pegawai Tadbir Diplomatik ataupun secara ringkasnya PTD merupakan perkhidmatan utama yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabata, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan badan-badan antarabangsa. Menarik kan!

Apakah Sejarah tertubuhnya Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik di Malaysia?

Berdasarkan sejarah, skim PTD wujud sebelum kemerdekaan lagi. Bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh pihak British bagi mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengand dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya.

Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir Diplomatik.

Bagaimana Cara Menjadi Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik?

Setiap calon perlu melalui beberapa proses penilaian dan pemilihan yang agak ketat. Hanya yang layak dan benar-benar terpilih sahaja akan berpeluang menyandang jawatan ini.

Dalam proses penapisan, terdapat 5 peringkat sebelum calon betul betul berjaya dilantik menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Antara 5 peringkat tersebut adalah seperti berikut:

Peringkat 1: Peperiksaan Online

Peringkat 2: Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) 

Peringkat 3: Program Assessment Centre (PAC)

Peringkat 4: Temuduga

Peringkat 5: Diploma Pascasiswazah Diploma Pengurusan Awam (DPA)

Jika seseorang calon itu LULUS DPA barulah beliau boleh dilantik menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Jika anda berminat, anda boleh rujuk pada pautan di bawah bagi mendapatkan tip-tip untuk persedian tuan puan dalam menjadi seorang Pegawai Tad

bir Diplomatik

Peperiksaan Di Atas Talian

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

Program Assessment Centre (PAC)

Temuduga

Diploma Pascasiswaah Diploma Pengurusan Awam (DPA)

Add Comment