Tips Menjawab Soalan Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Tips Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Tips Menjawab Soalan Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Tips Menjawab Soalan Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera admin ucapkan. Tahniah kepada semua calon yang melepasi tapisan pertama seterusnya melayakkan diri untuk menghadiri peperiksaan atas talian pegawai tadbir dan diplomatik. Anda adalah yang terpilih. Sebelum admin mengulas lanjut atau berkongsi berkenaan tips yang boleh digunakan untuk menjawab peperiksaan online pegawai tadbir dan diplomatik atau lebih dikenali sebagai PTD, admin ingin mengingatkan sebarang perkongsian ataupun tips adalah berdasarkan pengalaman admin sendiri dalam menjawab peperiksaan tersebut pada peperiksaan yang lepas.

Berbalik kepada topik yang akan dibincangkan, peperiksaan online PTD adalah peperiksaan yang akan membolehkan tuan puan melayakkan ke peringkat seterusnya iaitu Ujian Kecergasan ataupun Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsan (UKJK). Menurut pengalaman admin, peperiksaan online PTD sangat berbeza dengan skim skim lain kerana soalan peperiksaan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu:

 

  1. Pengetahuan Am
  2. Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Kefahaman Bahasa Inggeris

 

Pengetahuan Am

Pengetahuan Am adalah soalan yang menguji pengetahuan am tuan puan mengenai Malaysia dan apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan. Tips yang boleh admin kongsikan adalah tuan puan boleh dapatkan beberapa buku yang boleh dibaca sebagai persiapan dalam menghadapi peperiksaan ini. Jika tuan puan mempunyai adik yang sedang mengikuti tingkatan 6, tuan puan boleh pinjam buku mereka yang bertajuk Pengajian am. Ataupun jika tuan puan mempunyai bajet lebih boleh dapatkan buku seperti yang admin tunjukkan di bawah dan jika nak dapatkan e-book berbayar, boleh didapati di laman web di bawah ini. Bagi admin, buku-buku ini sangat membantu dalam memberikan persediaan kepada tuan puan dalam menghadapi peperiksaan dan juga kefahaman mengenai pentadbiran Malaysia serta dasar-dasar pembangunan yang telah dilakukan. Walaubagaimanapun, pembacaan lain juga perlu dilakukan seperti membaca akhbar-akhbar.

Buku yang boleh didapati di kedai:

Buku Malaysia Kita

                                          Buku Malaysia Kita

Laman Web E-Book:

Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 / Exam PTD

Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam bahagian ini, tuan puan sangat memerlukan bantuan jika tuan puan bukan di kalangan yang cekap menggunakan kalkulator atapun berfikir dengan pantas. Walaubagaimanapun, tuan puan boleh berlatih menjawab soalan-soalan berkaitan supaya tuan puan mempunyai persediaan mengenai bentuk atau contoh soalan yang boleh ditanya nanti. Biasakan menjawab soalan yang memerlukan tuan puan berfikir dengan kreatif. Admin sarankan tuan puan boleh mendapatkan soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) daripada pelajar tingkatan 1-5 ataupun silibus KSSM. Ada soalan dalam bahagian ini tidak memerlukan kalkulator, tetapi lebih kepada soalan tuan puan berfikir mengenai susunan beberapa kombinasi huruf atau nombor.

 

Kefahaman Bahasa Inggeris

Bahagian terakhir adalah kefahaman bahasa inggeris. Bahagian ini mengandungi soalan berdasarkan petikan, mengisi tempat kosong dengan perkataan sesuai, dan grammar. Bagi admin bahagian ini agak mencabar disebabkan soalan-soalannya agak sukar berbanding peperiksaan online lain. Tips yang admin boleh kongsikan adalah dengan menggunakan google translate dan grammarly. Mungkin kelihatan seperti kelakar dengan dua cadangan ini, tetapi percayalah kedua-dua ini dapat membantu tuan puan yang mempunyai masalah mengenai bahasa inggeris. Pertamanya, google translate membantu tuan puan menterjemahkan petikan ataupun ayat bahasa inggeris tersebut ke dalam bahasa Melayu dan grammarly ini akan membantu dalam mencadangkan perkataan sesuai dalam mengisi tempat kosong.

 

Itu sahaja yang dapat admin kongsikan mengenai peperiksaan online PTD. Pesanan admin yang terakhir, minta ibu bapa doakan supaya diberikan ketenangan dan kefahaman serta melayakkan ke peringkat seterusnya. Jangan lupa berdoa dan sentiasa bersedekah. Selamat Menempuh Peperiksaan Online!

 

Jika Anda Ingin Melihat Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online PTD, klik link di bawah:

Pengetahuan Am

Daya Menyelesaikan Masaalah

Kefahaman Bahasa Inggeris

 

Jika Anda Ingin Tahu Apa itu Pegawai Tadbir dan Diplomatik, klik link di bawah:

Apa itu Pegawai Tadbir dan Diplomatik?

Add Comment