Nota SPM 2018
11 tahun di persekolahan peringkat rendah dan menengah, peperiksaan yang paling penting bagi setiap murid adalah spm ( Sijil Pelajaran Malaysia). Terdapat beberapa sebab kenapa SPM ini penting kepada pelajar.
SPM merupakan tiket kepada setiap pelajar untuk melanjutkan pelajaran kepada bidang yang lebih khusus yang menjurus kepada tugasan profesionalisme. Sebagai contoh, seorang yang bercita menjadi doktor, perlu lah mendapat keputusan yang baik dalam SPM memandangkan terlalu banyak persaingan kepada pelajar.
SPM juga merupakan satu peluang kepada murid untuk belajar di peringkat tinggi dengan percuma ataupun mendapat tajaan/biasiswa. Murid yang mendapat keputusan yang lebih baik lebih berpeluang mendapat tempat universiti di luar negara dengan tajaan daripada kerajaan ataupun organisasi lain.
Bagi mendapat tajaan ataupun bidang yang diminati, keputusan SPM perlulah cemerlang. Dalam peperiksaan SPM pula, nota sangat memainkan peranan yang penting kerana dengan notalah dapat meringkaskan banyak maklumat penting dari buku teks menjadi mudah dibaca.
SPM ini bolehlah dikatakan sebagai penentu masa depan dan aliran profesionalisme yang akan kita ikuti berdasarkan keputusan SPM.
Jika kita mendapat keputusan yang cemerlang, kita dapat memilih mana-mana bidang sekalipun termasuk perubatan dan perguruan.
Namun, jika kita hanya mendapat keputusan yang kurang cemerlang, kita terpaksa mengikuti kursus yang dilelong dan juga yang mungkin kita tidak sukai.
Jadi, eloklah dalam menghadapi SPM ini, kita bersiap sedia sebaik mungkin.
Simpan nota dalam telefon bimbit bagi memudahkan pembacaan dan ulangkaji sewaktu ada masa lapang nanti.
Berikut merupakan nota mengikut mata pelajaran.
Nota SPM Pend Syariah Islamiah
Nota SPM Pendidikan Quran SUnnah
Jutaan terima kasih kepada rakan guru yang berkongsi nota pentaksiran tingkatan 3 ini. Credit juga kepada sumberpendidikan.
Kepada calon peperiksaan dan guru PT3, boleh berkongsi nota ini dengan rakan rakan sekalian.