KOLEKSI SOALAN-SOALAN MATEMATIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) FORMAT MULAI 2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera admin ucapkan kepada semua pembaca. Sudah lama rasanya admin tidak membuat sebarang pos berkaitan dengan soalan-soalan untuk dijadikan rujukan buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan lagi-lagi peperiksaan awam. Alhamdulillah, admin baru dapat kesempatan untuk mulakan kembali apa yang ditinggalkan (Doakan admin konsisten ya. Hehe).
Seperti sedia maklum, mulai tahun 2021, Format Pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi menggunakan format lama yang dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan telah beralih kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Perubahan ini adalah sejajar dengan pengenalan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pakej Sastera dan Kemanusiaan yang mula dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan Empat pada tahun 2020.
Seterusnya, format terkini yang admin boleh kongsikan bagi subjek matematik adalah seperti berikut:
BIL. | PERKARA | KERTAS 1 (1449/1) |
KERTAS 2 (1449/2) |
1. |
JENIS INSTRUMEN | UJIAN BERTULIS | |
2. | JENIS ITEM | OBJEKTIF ANEKA PILIHAN |
· SUBJEKTIF RESPONS TERHAD · SUBJEKTIF BERSTRUKTUR |
3. |
BILANGAN SOALAN |
40 SOALAN (40 MARKAH) (JAWAB SEMUA SOALAN) |
BAHAGIAN A
10 SOALAN (40 MARKAH)(JAWAB SEMUA SOALAN) BAHAGIAN B 5 SOALAN (45 MARKAH)(JAWAB SEMUA SOALAN) BAHAGIAN C 2 SOALAN (15 MARKAH)(JAWAB 1 SOALAN) |
4. |
JUMLAH MARKAH | 40 MARKAH |
100 MARKAH |
5. |
KONSTRUK |
· MENGINGAT DAN MEMAHAMI · MENGAPLIKASI · MENGANALISIS |
· MENGINGAT DAN MEMAHAMI · MENGAPLIKASI · MENGANALISIS · MENILAI · MENCIPTA |
6. |
TEMPOH UJIAN | 1 JAM 30 MINIT | 2 JAM 30 MINIT |
7. | CAKUPAN KONTEKS |
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN DALAM DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) KSSM) |
|
8. |
ARAS KESUKARAN |
RENDAH: SEDERHANA : TINGGI 5 : 3 : 2 |
|
9. |
KAEDAH PENSKORAN | DIKOTOMUS |
ANALITIK |
10. |
ALAT TAMBAHAN | KALKULATOR SAINTIFIK YANG TIDAK BOLEH DIPROGRAM |
· KALKULATOR SAINTIFIK YANG TIDAK BOLEH DIPROGRAM · ALAT GEOMETRI |
Sehubungan itu, admin sebagai salah seorang yang pernah menggalas tangungjawab sebagai warga Pendidik dan melalui sendiri perubahan format kurikulum ini, tidak salah agaknya admin berkongsi soalan-soalan yang disertai dengan jalan pengiraan dan jawapan yang sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan SPM nanti. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh terus klik pada pautan di bawah.
HIMPUNAN SOALAN-SOALAN MATEMATIK SPM TINGKATAN 4 (FORMAT MULAI 2021)
HIMPUNAN SOALAN-SOALAN MATEMATIK SPM TINGKATAN 5 (FORMAT MULAI 2021)
Semoga perkongsian admin ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mempersiapkan pelajar khususnya pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Salah satu kunci untuk berjaya bagi subjek matematik adalah dengan memperbanyakkan Latihan. Walaubagaimanapun, ianya terletak juga kepada doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal pelajar masing-masing. Sekiranya terdapat pelajar atau pembaca mempunyai pertanyaan atau ingin memohon bantuan, boleh hubungi admin di emel travula2021@gmail.com. Pastikan kenalkan diri terlebih dahulu dan nyatakan permasalahan tersebut. Insya’ALLAH admin bantu yang semampunya.
Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««
Like juga page facebook kami:
»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««