Apa Beza Virus, Worm dan Trojan?
Seiring dengan peredaran zaman, teknologi kini kian pesat membangun seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Komputer yang dulunya besar dan berat sekarang sudah menjadi senipis dan sekecilnya. Tapi tahukah kita setiap manfaat itu pasti ada pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan. Artikel kali ini adalah untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang perbezaan antara Virus, Worm dan Trojan. Mungkin ada dikalangan anda yang sudah mendengar tentang perkataan ini, tetapi berapa ramaikah yang tahu sebetulnya apakah fungsi setiap nama itu dan apakah kebolehan mereka untuk menganggu sistem komputer kita.
1.Virus
Virus sepertinya semua sediakala tahu yang ia bersifat berjangkit. Dalam sesebuah peranti, virus ini boleh menumpang dalam fail atau software. Kebiasaannya virus akan berjangkit pada fail sistem ‘.exe’ yang mana apabila seseorang run atau memulakan sesuatu peranti(software) terutama apabila memuat turun dari internet, virus ini akan mula merebak masuk ke dalam peranti lain. Ada juga sesetengah virus yang berjangkit dengan fail lain. Contohnya, virus macro yang mana virus ini menjangkiti fail microsoft word dan excel.
Sebagai contohnya lagi, apabila seseorang sedang melakukan tugasan yang menyebabkan beliau terpaksa berkongsi dengan orang lain. Secara automatiknya, beliau akan memindahkan fail tersebut ke komputer lain, justeru itu, virus yang asal dalam komputer A akan berpindah ke komputer B melalui fail tersebut. Virus juga boleh menjahamkan sistem operasi dengan memadam fail jenis ‘.exe’ dan menggantikan dengan dirinya untuk mengelakkan dikesan antivirus atau windows security.
2.Worm
Worm juga boleh dikategorikan sebagai Virus cuma sifatnya yang suka menyamar dan memperduakan diri sendiri menjadi seperti fail yang ditiru. Worm bahayanya melebihi Virus, ini kerana dia tidak memerlukan host(tumpangan) untuk menyebarkan dirinya. Kerosakan yang dibuat oleh Worm lebih kurang dengan Virus cuma ia mudah tersebar dengan lebih pantas disebabkan ia tidak memerlukan host.
Sebagai contoh Worm yang agak terkenal adalah Maydoom Worm. Ia boleh menyalinkan dirinya dalam bentuk email, kemudian ia akan menghantar dirinya sendiri kesemua alamat emel yang ada di dalam emel mangsa. Ada juga Worm yang boleh bergerak melalui talian dan menyerang sistemm yang lemah dan tidak mempunyai dinding api(Firewall) seperti Blaster dan Sasser Worm.
3.Trojan
Trojan adalah yang paling bahaya antara Worm dan Virus. Nama malware Trojan ini diinspirasikan dari Trojan Horse seperti catatan Greek. Di mana, pada zaman dahulu berlaku peperangan bagi merebut sebuah kota yang diberi nama Troy. Kota ini didiami oleh bangsa Trojan. Apabila bangsa Greek tidak dapat menawan kota tersebut, datang idea untuk menghadiahkan Trojan kuda kayu yang gergasi yang diberi nama Trojan Horse sebelum mereka berundur. Tetapi sebenarnya itu adalah helah yang diatur oleh bangsa Greek. Di dalam kuda itu terdapat askar-askar Greek yang bersedia untuk melakukan serangan setibanya malam. Dengan kejayaan Trojan Horse itu, bangsa greek dapat menawan kota tersebut.
Sama seperti kisah di atas, Trojan ini akan menyamar sebagai satu software atau tools yang berguna untuk mangsa tetapi sebenarnya ia adalah pintu belakang untuk hacker masuk ke dalam sistem operasi. Hacker boleh mengarahkan Trojan ini untuk mencuri segala maklumat yang ada dalam peranti dan boleh mengakibatkan kerugian besar kepada mangsanya.
Selain itu, Trojan ini berkebolehan mencuri identiti. Apa yang ditaip oleh peranti yang mempunyai Trojan, ia akan merekod setiap butiran seperti password, username bank. Kebanyakan mangsa serangan Trojan ini adalah mereka yang berprofil tinggi atau laman sesaran bank.
Oleh itu, setiap pengguna harus peka dengan keadaan sekiling dia apabila memuat turun sesuatu atau menerima email yang menjadi kemusykilan dan sentiasa menggunakan antivirus yang sesuai bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Sumber: Twitter