Diabetes: Apakah Punca Terjadinya Pada Usia Muda?
Satu perkongsian yang menarik dipetik dari facebook seorang doktor iaitu Dr Ain Mohd Ghazali. Yang mana setiap kali dia berjumpa pesakit diabetes, dia akan cuba mengorek cerita disebalik berlakunya diabetes itu terutama golongan muda. Berikut adalah pos daripada facebook beliau.
“Bila saya jumpa patient diabetes, terutama sekali yang didiagnose pada umur yang muda,( definisi muda saya ialah bawah 35 tahun).. saya akan korek lagi cerita silam mereka..
Soalan wajib saya…
Boleh share tak apa yang u makan sehari2 sampai boleh dapat diabetes pada umur yang muda…
True stories
1. 30 tahun, kerja jual nasi lemak. Hari2 secara purata akan minum 1.5 litre teh o sepanjang bekerja. Mengamal cara hidup begitu selama 4 bulan sehingga di sahkan diabetic
2. 31 tahun, executive. Gaya hidup suka minum coolblog dan chatime( 1 week atleast 2 or 3 times), kek seminggu sekali , ice cream seminggu sekali,chocolate lebih kurang hari hari… 8 bulan…diagnose diabetis
3. 27 tahun, jurutera. Memang suka minum coke. Boleh kate seminggu 4 ke 5 tin coke itu pasti. Frappucino starbucks semasa hari minggu bila keluar dengan kawan kawan.. 6 bulan diagnose diabetes
Sudah terang lagi bersuluh, cara pemakanan kita akan memepengaruhi kesihatan kita. dan saya rasa cara pengambilan makanan seperti 3 contoh di atas ni menjadi norma masyarakat sekarang..tak perlu setahun pun hidup macam ni, dan dah dapat diabetis
Coconutshake double scoop ice cream with whip cream
Burger bakar with tripple cheese
Milkshake with extra nuttela chocolate and chocolate sprinkle
Cakoi peanut butter..
Sedap memang la sedap.tapi you are slowly killing yourself
Kalau kita tak tukar cara pemakanan kita, tak terkejut la klinik diabetes saya akan dibanjiri pesakit2 muda diabetis.. dan lagi mengerikan ialah komplikasinya sendiri…..”
Sumber : Dr Ain Mohd Ghazali
Oleh itu, sama-samalah kita beringat walaupun ketika masih muda lagi bak kata pepatah “Mencegah Itu Lebih Baik Daripada Mengubati.”
Jangan lupa share dekat kawan-kawan yang lain dan like facebook kami untuk mendapatkan pelbagai maklumat lagi.