Langkah-Langkah Menghilangkan Parut Jerawat (Gelap/Merah)

Langkah-Langkah Menghilangkan Parut Jerawat (Gelap/Merah)

Ramai di kalangan kita menghadapi masalah parut jerawat yang boleh menjejaskan keyakinan kita untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Lagi-lagi perempuan, boleh menyebabkan kemurungan. Oleh itu, hari ni admin nak share sikit macam mana cara nak hilangkan parut jerawat ni.

1. Cari Basic Skincare Yang Selamat dan Trusted

Benda utama yang anda kena ada adalah basic skincare. Paling penting jauhi produk skincare yang dijual di tepi jalan yang kita sedia maklum, kebanyakkan produk berkenaan memang tidak selamat dan boleh merosakkan kulit kita. Oleh itu, carilah drugstore yang memang selamat dan trusted contohnya hermo, atau hada labo.

Kemudian, kandungan skincare juga perlu dititikberatkan. Benda bahaya yang anda kena elakkan adalah hydroquinone, mercury dan tretinoi. Benda ni boleh google sendiri. Cuma admin nak cakap mercury ni bersifat menghakis. Jadi boleh rosakkan kulit kita even nampak macam ketara perubahan.

2. Basic Skincare; Cleanser, Scrub, Moistrurizer dan Sunscree

Untuk toner bergantung kepada kulit kita sama ada perlukan atau tidak. Serum apa semua itu bukan basic skincare. Basic ni penting even pakai serum yang harga ribuan pun tak hilang jugak parut tu.

Cleanser

Apa fungsi cleanser? cleanser ni nak bersih muka kita, jadi kalau muka bersih senanglah nak buang sel kulit mati.

Scrub

Scrub pula fungsi dia adalah untuk kita buang sel kulit mati. Kulit sel mati perlu dibuang untuk menyenangkan parut nak cerah kembali.

Moisturizer

Moisturizer ni penting sebab selepas kita dah cuci dan exfoliate kulit kita. Kita kena lembabkan balik kulit kita supaya tak rosak. Bila dah orsak, jerawat akan naik dan parut tak akan hilang hilang.

Sunscreen

Sunscreen ni bertindak untuk cerahkan balik kulit kita yang bahagian berparut itu. Parut merah tu lagi senang nak dirawat berbanding parut hitam.

3. Add On Serum

Bila dah basic skincare dah kukuh. Ini lah masanya untuk menggunakan serum dan sebagainya. Contoh bahan-bahan yang terbaik untuk parut adalah:

  • Vitamin C
  • Snail
  • Arbutin
  • Niacinamide

Ada lagi tambahan tapi ni untuk senang anda cari. Kebiasaanya , parut boleh hilang dalam 1-3 minggu tapi bergantung kepada tahap konsisten anda. Kalau tak, makan bulan jugak tu. Selain itu, kalau anda taknak pakai serum, anda boleh try pakai sheet mask. Even sheet mask tu murah tapi limited sikit jela sebab 1 sheet mask ni hanya boleh pakai 3 kali je tu bergantung kalau ada lebihan essence tuh. Kalau nak cari, cari yang snail, gree tea, honey atau orange.

Kesimpulan

Jadi benda yang anda perlu apply adalah:

  • Basic Skincare
  • Reapply Sunscreen
  • Scrub Sel Kulit Mati
  • Pakai Serum yang ada Brightening Ingredients

Walaumacam manapun, yang penting adalah konsisten dengan apa yang anda lakukan. Selamat mencuba!

Sumber: twitkecantikann

 

Jangan lupa like facebook page kami untuk pelbagai perkongsian lagi

——————–> Travel Trending Tular Terkini <——————–

 

 

Add Comment