Soalan Lazim Kimia SPM
Kalau subjek kimia mesti subjek untuk menengah atas (tingkatan 4&5). Tapi masa kini, subjek sains menengah rendah menceritakan sedikit mengenai kimia tapi tidaklah terperinci. Apa kata saya perkenalkan pada kamu semua tentang kepentingan kimia ni.
Kimia qtau chemistry is everything. Barangan seperti syampu, bedak, ubat gigi, alat solek dan sebagainya merupakan campuran bahan kimia. Kita je yang tidak perasan atau sedar tentang ini.
Apakah kimia?
Kimia ialah jirim kajian tentang komposisi, struktur, sifat, dan interaksi antara jirim. Kimia ni bukan sahaja dijumpai di dalam makmal tetapi meliputi bahan-bahan yang biasa dijumpai. Logam, kertas, batu, dan ubat-ubatan juga adalah suatu kimia.
Zon Sejarah
-
Perkataan “kimia” berasal daripada perkataan Arab “al-kimiya” yang bermaksud seni penukaran logam.
Selalunya kalau makanan rasa tawar, kita mesti letak sedikit garam. Garam dalam kimia dipanggil natrium klorida, NaCl. Cuka pula ialah asid etanoik, CH3COOH yang cair. Itulah yang dipelajari dalam subjek kimia. Nama unsur, kiraannya, cara tindak balas akan kita belajar dalam kimia.
Kerjaya yang Berkaitan Dengan Kimia
-
Doktor
-
Ahli geologi
-
Ahli farmasi
-
Ahli patologi
-
Ahli biokimia
-
Jurutera kimia
-
Ahli hortikultur
-
Ahli akuakultur
-
Ahli bakteriologi
-
Pakar pemakanan
-
Ahli sains kosmik
-
Ahli sains forensik
-
Juruteknik makmal
-
Ahli sains alam sekitar
Oleh itu, pos kali ini akan kami kongsikan Soalan Lazim Kimia SPM :
Kimia – Soalan Lazim Kimia SPM Tingkatan 4
Kimia – Soalan Lazim Kimia SPM Tingkatan 5
Bahan bahan yang dikongsikan seperti RPT, modul, kertas peperiksaan, nota dan pelbagai lagi adalah perkongsian bahan pdpc daripada rakan rakan guru seluruh Malaysia. Dibenarkan para guru, ibubapa atau pelajar berkongsi dengan rakan rakan yang lain.
Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah
Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.