BAHAGIAN A (DUA PERSAMAAN LINEAR) KERTAS 2 MATEMATIK SPM
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat-pelawat travula. Seperti yang kita sedia maklum, subjek matematik merupakan subjek yang penting dalam kehidupan. Pada awalnya, kita diajar dengan mengira nombor dari 1 sehingga 10 pada asasnya. Kemudian, bila berpindah tahun, kita didedahkan tentang tambah, tolak, bahagi dan darab pulak dan seterusnya pula untuk tahun tahun mendatang. Secara pandangan kasarnya, ilmu matematik tidak akan habis pembelajarannya walaupun 1000 tahun hidup. Selain daripada itu, subjek matematik menjadi penting apabila ia berkait dengan subjek sains bak kata pepatah “Matematik adalah kunci kepada Sains”. Jadi tidak hairanlah kalau matematik ini menjadi salah satu aspek penting dalam pendidikan.
Di samping itu, subjek matematik mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan. Kalau diperhatikan sekeliling, subjek matematik mempunyai berkait dengan urusan harian kita setiap hari. Sebagai contoh, dalam urusan jual beli, kita sentiasa menggunakan ilmu matematik untuk melakukan urusan jual beli. Medium pembayaran pun berbentuk nilai yang mewakili simbol simbol matematik. Justeru itu, tidak hairanlah matematik merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian.
Tambahan lagi, subjek matematik mengasah otak kiri seseorang. Apabila otak kiri kita dikhaskan untuk matematik, bahasa dan logik. Jika selalu diasah, maka tidak hairanlah kita boleh menyelesaikan sesuatu dengan pantas. Misalnya, kita bandingkan dua orang yang mengambil jurusan yang berbeza di universiti. Seorang mengambil bidang bahasa dan seorang lagi mengambil bidang matematik. Jika diuji keupayaan kedua-dua orang tersebut tentang ilmu matematik, semestinya individu yang mengambil bidang matematik lagi cepat menyelesaikan soalan berbanding individu yang mengambil bidang bahasa. Namun, tidaklah individu yang mengambil bidang bahasa tidak dapat menyelesaikan masalah matematik tetapi responnya perlahan berbanding individu yang berada dalam bidang dia.
Oleh itu, admin berbesar hati untuk berkongsi satu soalan setiap hari mengenai masalah matematik ataupun soalan-soalan subjek matematik PT3 dan SPM. Berikut adalah BAHAGIAN A (DUA PERSAMAAN LINEAR) KERTAS 2 MATEMATIK SPM:
Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/himpunansoalanmatematik ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah
Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.