Kematian Ketiga COVID19 Di Malaysia

Kematian Ketiga COVID19 Di Malaysia

Kematian Ketiga COVID19 Di Malaysia

Tawau – Seorang lelaki warga tempatan yang berumur 58 tahun pesakit kes ke-152 dari kluster kes tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau jam 6.27 petang hari ini. Ini menjadikan 3 Kematian di Malaysia setakat ini. Pada awalnya beliau dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simpton Severe Acute Respiratory Infection. Kemudian, beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan.

 

Hari ke-3 Kawalan Pergerakan

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia (Dikemaskini setakat 20 Mac 2020, 8.40 malam

Kes Baharu: 130 orang

Pesakit sembut: 87 (12 lagi pulih hari ini)

Dirawat di ICU: 26 orang

Kes Keseluruhan: 1030

Kes Kematian: 3

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

PERINGATAN! 3 Langkah untuk mencegah COVID-19

  1. Duduk di rumah
  2. Kerap basuh tangan dan jaga kebersihan diri
  3. Kekal Jarak 1 meter antara individu

 

Anda dinasihatkan untuk terus berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jika ada kemahuan seperti membeli barang keperluan, anda dibolehkan keluar tetapi perlu melengkapkan diri dengan topeng dan penggunaan sanitizer. Apabila pulang ke rumah, anda perlu untuk membasuh tangan selama 20 saat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini dapat membasmi wabak penyakit COVID19 ini daripada terus tersebar ke negara dan kita dapat kembali sedia kala melakukan aktiviti-aktiviti harian kita semua. Selain itu, keperihatinan dan kerjasama rakyat Malaysia dalam mengembeleng tenaga bersama-sama membantu kerajaan Malaysia kita dalam membasmi wabak ini daripada terus merebak. Anggaplah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini sebagai asas bagi mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. Sebagai seorang muslim, jadikan ia sebagai hikmah buat semua umat Islam yang ALLAH akan menguji hambanya bersesuaian dengan dirinya dan bukan sebaliknya. Ingatlah ALLAH Maha Mengetahui segala-galanya dan kita sebagai hambaNya, perlu berserah kepadaNya di samping berusaha mengelakkan benda ini semakin menular. Insya’ALLAH.

 

 

 

Add Comment