Tips Dan Soalan-Soalan Temu Duga
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 Bahagian 3
3. Soalan Temu Duga
Berkenaan soalan temu duga ini, soalan-soalan daripada panel adalah berbeza disebabkan panel berlainan. Namun, ada soalan yang kelihatan sama dan mungkin calon-calon boleh bersedia dengan jawapan tersebut sekiranya ditanya oleh panel. Untuk makluman calon, ada dua panel dalam bilik berkenaan, salah seorang daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) manakala seorang lagi adalah wakil dari Kementerian. Berikut adalah soalan-soalan kebiasaan ditanya oleh Panel-Panel Temuduga
a. Mengapakah anda berminat untuk menjadi PTD?
b. Nyatakan bidang-bidang utama PTD?
c. Apakah yang anda tahu mengenai PTD?
d. Jika diberi pilihan, Kementerian mana yang anda inginkan? dan Kenapakah?
e. Apakah kelebihan anda berbanding calon-calon lain?
f. Apakah tugas-tugas PTD?
g. Apakah jawatan paling tinggi PTD?
h. Apakah beza PTD dan PTN?
i. Apakah beza di antara Duta dan Pesuruhjaya Tinggi?
j. Apakah yang dipelajari ketika di peringkat pengajian tinggi yang boleh dikaitkan dengan tugas seorang PTD?
k. Perkenalkan diri anda. (Jawapan bagi soalan ni mestilah lancar dan fasih kerana di sinilah permulaan bagi soalan-soalan seterusnya)
Itu sahaja yang boleh admin kongsikan buat calon-calon yang akan menghadapi temu duga bagi jawatan tersebut. Selamat Maju Jaya.
Jika calon-calon berminat untuk mengetahui soalan-soalan daripada panel boleh tekan pautan di bawah:
01 YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman
02 YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha bin Yusof
03 YBhg. Datuk Yeow Chin Kiong
04 YBhg. Tan Sri Dato’ Othman bin Mustapha
05 YBhg. Datuk Seri Jalil bin Marzuki
06 YBhg. Datuk Seri Jayasiri a/l Jayasena
07 YBhg. Datuk Md Yahaya bin Basimin
08 YBhg. Datuk Nor Rizan bin Mohd Thani
09 YBhg. Dato’ Abdul Ghafar bin Musa
10 YBhg. Dato’ Abdul Rahman bin Othman
11 YBhg. Datu Hajah Sutin binti Shamat
12 YBhg. Dato’ Dr. Haji Azman bin Abu Bakar
13 YBrs. Dr. Mohamad Zainuddi bin Mat Taib
14 YBrs. Datuk Zohari Said, SU SPA
Jika Anda Ingin Tahu Apa itu Pegawai Tadbir dan Diplomatik, klik link di bawah: