KERJA KOSONG SPA: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM TAWAR 45 KEKOSONGAN JAWATAN PERINGKAT SPM
Kerja kosong yang diiklankan ini dirujuk daripada laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Sejak penularan wabak pandemik Covid-19 pada Disember 2019, pelbagai kesan negatif telah terasa. Tidak terkecuali kepada Malaysia, negara yang kita sayangi dan cintai. Kita melihat sendiri bagaimana kesan wabak ini sangat menjejaskan ekonomi negara ketika ini. Saban hari kita dipaparkan dengan kes-kes positif yang kian tidak nampak pengurangan kepada tiga angka.
Walaubagaimanapun, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengekang penularan wabak ini bagi mengelakkan sektor kesihatan negara kita lumpuh dalam melawan wabak ini.
Sebelum admin meneruskan perkongian ini, admin ingin memaklumkan perkongsian kerja kosong ini adalah berdasarkan pemerhatian dan penelitian admin terhadap laman sosial media seperti twitter, facebook, dan sebagainya.
Sekiranya iklan-iklan kerja kosong tersebut adalah berbentuk skim cepat kaya, atau Scammer dan sebagainya, admin berharap agar kalian dapat memaklumkan kepada admin bagi tindakan seterusnya untuk memadam post tersebut dan juga melaporkan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tersebut tidak berulang. Admin doakan semoga urusan kalian dipermudahkan dan selamat maju jaya.
Kerja kosong yang diiklankan adalah merangkumi jawatan Pembantu Penguat Kuasa Gred Kp19 dan Pengawas Hutan Gred g19. Kedua – dua kerja kosong ini adalah bagi penempatan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Pembantu Penguat Kuasa KP19) dan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengawas Hutan G19)
Keperluan Minimum Jawatan:
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu (minimum gred C)
- Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau Sekolah Latihan Perhutanan Sarawak atau Institut Latihan Perhutanan Sabah. (Pengawas Hutan G19 SAHAJA)
Walaubagaimanapun, berikut adalah maklumat lengkap bagi keperluan akademik dan info berkaitan bagi kerja kosong tersebut:
Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
JAWATAN LAIN YANG DITAWARKAN SPA
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Mencari bahan sekolah rendah PT3 SPM STPM dan info berkaitan pendidikan? Layari sumberpendidikan.com
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.