DESTINASI PERCUTIAN ANDA: REDANG DE’ RIMBA RESORT

DESTINASI PERCUTIAN ANDA: REDANG DE’ RIMBA RESORT

Destinasi percutian seperti Pulau Redang mula dibuka kepada pelancong bermula 1 September 2021 selaras hasrat kerajaan untuk menghidupkan kembali industri pelancongan yang lesu disebabkan pandemik covid19 yang melanda dunia sejak 2019.

Pulau Redang merupakan destinasi percutian yang terletak di dalam Daerah Kuala Nerus, Terengganu dan jaraknya lebih kurang 45 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu lebih kurang 30 kilometer dari Jeti Merang, Setiu yang merupakan pintu masuk utama ke Pulau Redang memandangkan masa perjalanan yang lebih singkat.

Jika anda menaiki bot laju dari Jeti Merang, masa perjalanan ke Pulau Redang adalah 30 hingga 40 minit manakala jika dari Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu, masa yang diperlukan adalah 45 minit hingga sejam.

Destinasi percutian ini yang terkenal dengan pasir pantai yang putih dan terumbu karang yang cantik, pulau iniĀ  juga terkenal dengan Jojo dan rakan – rakan yang merupakan sekumpulan penyu jinak yang boleh dirapati jika anda snorkeling di kawasan Teluk Dalam, Pulau Redang. Terdapat platform yang dibina di kawasan tumpuan penyu yang membolehkan interaksi antara pengunjung dengan penyu tersebut.

Selain aktiviti seperti snorkeling danĀ  diving yang sinonim dengan destinasi percutian berasaskan kawasan kepulauan, aktiviti seperti berkayak dan ATV juga turut ditawarkan. Terdapat juga perkhidmatan sewaan motor dengan kadar rm60 sehari untuk tujuan sight seeing di sekitar kawasan kampung. Pengunjung ke kawasan kampung boleh mencuba juadah terkenal di pulau ini seperti nasi goreng sotong terbang dan kuih telur kobis.

Terdapat pelbagai tawaran tempat penginapan di Pulau Redang. Antaranya adalah Redang De Rimba Resort. Resort ini mempunyai 25 bilik dengan kapasiti 100 orang. Kelebihan utama resort ini selain bilik yang selesa, mempunyai kawasan pantai yang cantik dan yang paling utama, resort seluas satu ekar setengah ini terletak di dalam kawasan Kampung Pulau Redang. Jadi, pengunjung resort ini boleh menikmati suasana di kampung di samping mengunjungi kawasan pantai di Teluk Dalam yang menyediakan aktiviti seperti berkayak dan ATV.

Resort ini menjadi pilihan utama kepada pengunjung yang ingin menginap di kawasan Kampung Pulau Redang dengan harga yang affordable.Harga pakej yang ditawarkan adalah serendah RM320 seorang bagi pakej untuk 3 hari 2 malam termasuk makan minum, snorkeling dan pengangkutan dari Jeti Merang, Setiu ke pulau.

Masa perjalanan adalah lebih kurang 40 minit. Setiap bilik yang ditawarkan mempunyai penyaman udara dengan maksimum kapasiti empat orang penghuni.

Jadi, jangan buang masa. Segera hubungi Puan Nita selaku Pengurus De Rimba Resort Redang di talian berikut: 0142933131 dan layari laman sesawang rasmi De Rimba

Spot bergambar di Pantai Telok Dalam berhampiran resort

De Rimba Resort

Double bed

Single Bed

Selamat Datang ke De Rimba Resort

Layari juga Mutiara Resort

 

 

 

 

 

Add Comment