PULAU REDANG : DESTINASI PERCUTIAN ANDA.

PULAU REDANG : DESTINASI PERCUTIAN ANDA

Pulau Redang mula dibuka kepada pelancong bermula 1 September 2021 selaras hasrat kerajaan untuk menghidupkan kembali industri pelancongan yang lesu disebabkan pandemik covid19 yang melanda dunia sejak 2019.

Pulau Redang terletak di dalam Daerah Kuala Nerus, Terengganu dan jaraknya lebih kurang 45 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu lebih kurang 30 kilometer dari Jeti Merang, Setiu yang merupakan pintu masuk utama ke Pulau Redang memandangkan masa perjalanan yang lebih singkat.

Jika anda menaiki bot laju dari Jeti Merang, masa perjalanan ke Pulau Redang adalah 30 hingga 40 minit manakala jika dari Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu, masa yang diperlukan adalah 45 minit hingga sejam.

Terkenal dengan pasir pantai yang putih dan terumbu karang yang cantik, pulau iniĀ  juga terkenal dengan Jojo dan rakan – rakan yang merupakan sekumpulan penyu jinak yang boleh dirapati jika anda snorkeling di kawasan Teluk Dalam, Pulau Redang. Terdapat platform yang dibina di kawasan tumpuan penyu yang membolehkan interaksi antara pengunjung dengan penyu tersebut.

Selain aktiviti seperti snorkeling danĀ  diving, aktiviti seperti berkayak dan ATV juga disediakan di kawasan pulau. Terdapat juga perkhidmatan sewaan motor dengan kadar rm60 sehari untuk tujuan sight seeing kawasan kampung. Pengunjung ke kawasan kampung boleh mencuba juadah terkenal di pulau ini seperti nasi goreng sotong terbang dan kuih telur kobis.

Terdapat pelbagai tawaran tempat penginapan di Pulau Redang. Antaranya adalah Redang Mutiara Resort. Resort ini mempunyai 40 bilik dengan kapasiti 100 orang. Kelebihan utama resort ini selain bilik yang selesa, mempunyai kawasan pantai yang cantik dan yang paling utama, kawasan pantainya hanya untuk pengunjung resort ini sahaja.

Dengan kawasan sekitar 5 ekar, Resort Mutiara merupakan tempat penginapan yang selesa di samping harga yang affordable. Harga pakej yang ditawarkan adalah serendah RM320 seorang bagi pakej untuk 3 hari 2 malam termasuk makan minum, snorkeling dan pengangkutan dari Jeti Merang, Setiu ke pulau.

Masa perjalanan adalah lebih kurang 40 minit. Setiap bilik yang ditawarkan mempunyai penyaman udara dengan maksimum kapasiti empat orang penghuni.

Jadi, jangan buang masa. Segera hubungi Encik Azizi Pengurus Resort Mutiara Redang di talian berikut: 0179388115

Papan Tanda Redang Mutiara

Bilik yang ditawarkan

Sunrise at Redang Mutiara

View dari jeti ke Redang Mutiara

Sunset di Redang Mutiara

Kawasan pantai di hadapan resort

Pintu masuk ke Kg Pulau Redang

Spot bergambar di Pulau Redang

 

Layari juga Derimba Resort Redang

 

Add Comment