Nota PT3 2018
PT3 adalah satu daripada komponen di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana murid ditaksir untuk menilai pencapaian akademik mereka di peringkat menengah rendah iaitu di Tingkatan 3. Soalan PT3 disediakan berasaskan sukatan pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3.
PT3 adalah komponen Pentaksiran Pusat (PP) di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia adalah penambahbaikan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilalui pelajar tingkatan tiga mulai Julai 2014. Pelajar tingkatan satu pada 2012 adalah kohort pertama melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan akan menempuhi PT3 pada tahun ini.
Di peringkat menengah rendah, murid akan menerima 4 pelaporan iaitu Pelaporan Pentaksiran Sekolah, Pelaporan PT3, Pelaporan PAJSK dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik.
Pelaporan-pelaporan ini memberi gambaran tentang perkembangan , pencapaian dan potensi murid secara menyeluruh. Pelaporan ini boleh digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan murid ke aliran pendidikan peringkat menengah atas.
Pelajar perlu ingat kemampuan mereka bagi memahami apa yang diajarkan oleh guru itu berbeza. Apa yang mereka faham juga mungkin tersasar daripada maksud sebenar. Oleh itu, nota yang balk sepatutnya mampu mengatasi masalah sebegini.
Jangan biarkan diri anda dalam keadaan tidak faham atau keliru kerana ia memberikan kesan yang negatif apabila anda mula berasakan sesuatu subjek itu sukar. Apabila mengatakan is sukar, mereka mula mencari alasan dan akhirnya putus asa dan kecewa. Disebabkan itulah nota memainkan peranan yang penting bagi membantu murid mengulangkaji dengan mudah.
Berikut merupakan nota pt3 bagi pelbagai mata pelajaran yang diperolehi daripada pelbagai sumber. Nota ini dalam bentuk pdf. Nota yang dikongsikan adalah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Terima Kasih juga diucapkan kepada yang berkongsi.
Boleh diletakkan di dalam smartphone bagi memudahkan anak-anak mengulangkaji pelajaran PT3.
Untuk nota di bawah sini ye….
Jutaan terima kasih kepada rakan guru yang berkongsi nota pentaksiran tingkatan 3 ini. Credit juga kepada sumberpendidikan.
Kepada calon peperiksaan dan guru PT3, boleh berkongsi nota ini dengan rakan rakan sekalian.