Nota Pendidikan Islam Tingkatan 4 SPM

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 4 SPM

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Matlamat tersebut seiring dengan Pendidikan Islam yang bermatlamat untuk melahirkan insan salih yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak atau insan yang sempurna (insan kamil). Sehubungan itu dalam mencapai matlamat melahirkan insan salih atau insan sempurna ini, antara perkara dasar yang perlu diutamakan dalam Pendidikan Islam ialah membangunkan peribadi yang diisi dengan sifat takwa.

Oleh sedemikan itu, penekanan ke atas amalan dan penghayatan Islam melalui mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM telah diterapkan hampir 20 tahun, maka seharusnya para pelajar, khususnya yang berada di Menengah Atas (tingkatan empat hingga tingkatan 5) telah mampu mengamalkan dan seterusnya menghayati amalan-amalan ibadah yang telah dipelajari di institusi formal, terutamanya ibadah khusus harian. Seterusnya, melalui penghayatan ibadah yang menyeluruh ini, keupayaan peribadi seseorang mampu dikembangkan untuk menjadikannya individu yang dapat memainkan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi ini, sebagaimana yang ingin dicapai dalam falsafah, matlamat , objektif dan hasrat Pendidikan Islam KBSM.

Di sini, disertakan Nota Pendidikan Islam Tingkatan 4 SPM:

Tingkatan 4 SPM – Nota 1

Tingkatan 4 SPM – Nota 2

 

Bahan bahan yang dikongsikan seperti RPT, modul, kertas peperiksaan, nota dan pelbagai lagi adalah perkongsian bahan pdpc daripada rakan rakan guru seluruh Malaysia. Dibenarkan para guru, ibubapa atau pelajar berkongsi dengan rakan rakan yang lain.

Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah

Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.

Add Comment