Modul Matematik Tambahan SPM

Modul Matematik Tambahan SPM
Matematik Tambahan ialah satu matapelajaran elektif di peringkat sekolah menengah dan pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran ini berpotensi dalam matematik kerana fokus Matematik Tambahan adalah ke arah memenuhi keperluan matematik bagi pelajar yang mengambil jurusan sains dan teknologi serta pelajar yang mengambil sains sosial. Situasi ini sesuai dengan tuntutan global pada masa kini iaitu pendedahan pelajar dalam matapelajaran ini dan diharap dapat menghasilkan lebih ramai individu yang dapat memenuhi keperluan dalam era sains dan teknologi. Oleh sebab itu Matematik Tambahan telah diolah supaya selaras dan memenuhi hasrat ini.
Bagi memenuhi hasrat tersebut, pembelajaran sesuatu tajuk menekankan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran yang berkaitan. Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kemahiran berkomunikasi secara matematik juga dititikberatkan semasa pembelajaran matematik berlaku. Semasa pelajar menerangkan konsep dan hasil kerja, mereka perlu dibimbing supaya menggunakan bahasa dan laras bahasa matematik yang betul dan tepat.
Penekanan kepada komunikasi dalam matematik juga dapat mengembangkanketrampilan pelajar menterjemahkan sesuatu perkara ke dalam model matematik dan sebaliknya (Sukatan Matapelajaran Matematik Tambahan). Bahasa matematik yang digunakan seharusnya tepat dan betul agar maksud yang ingin disampaikan tidak menyimpang daripada konsep yang sebenar. Kemahiran dalam bahasa matematik ini menunjukkan tahap kefahaman pelajar. Matematik Tambahan telah melalui pelbagai pembaharuan iaitu sebelum KBSM, KBSM dan selepas semakan semula kurikulum. Matematik Tambahan sebelum KBSM mementingkan konsep dan kemahiran prosedur penyelesaian yang berasaskan algoritma. Pelajar didedahkan kepada latih tubi bagi soalan rutin yang dipecahkan mengikut tajuk-tajuk tertentu dan soalan-soalan ini memerlukan pelajar menggunakan algoritma penyelesaian spesifik bersesuaian dengan tajuk tertentu. Penggunaan kaedah latih tubi ini adalah manifestasi daripada teori pembelajaran yang dipegang oleh golongan behaviorisme. Pemikiran aras tinggi kurang digunakan oleh pelajar apabila mereka menyelesaikan soalan rutin dalam bentuk latih tubi.
Oleh itu, pos kali ini adalah Modul Matematik Tambahan SPM :
Bahan bahan yang dikongsikan seperti RPT, modul, kertas peperiksaan, nota dan pelbagai lagi adalah perkongsian bahan pdpc daripada rakan rakan guru seluruh Malaysia. Dibenarkan para guru, ibubapa atau pelajar berkongsi dengan rakan rakan yang lain.

Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah

Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.

Add Comment