Nota Terbaik Tasawwur Islam SPM KBSM
Mata pelajaran Tasawwur Islam adalah satu bidang pengajian yang menumpukan kepada pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh mengenai Islam. Ia tertumpu kepada aspek-aspek utama yang sering dikaitkan dengan suasana semasa dalam konteks Malaysia hari ini.
Pengolahan mata pelajaran ini dibuat berasaskan kepada bidang-bidang utama iaitu Asas Pemikiran Islam, Pandangan Hidup Islam, Institusi Islam, Ekonomi Islam, Falsafah Perundangan Islam dan Penyelesaian Masalah. Penyusunan ini berbeza dengan apa yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam teras yang disusun mengikut pembahagian tradisi ilmu-ilmu Islam. Bagi mata pelajaran Tasawwur Islam pengolahan berasaskan bidang-bidang di atas lebih sesuai kerana ia menyepadukan aspek-aspek akidah, ibadah, akhlak, sirah dan tamadun Islam.
Mata pelajaran ini ditawarkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran elektif pengajian Islam. Penawaran mata pelajaran ini terbuka kepada semua pelajar sama ada Islam atau bukan Islam kerana kandungannya lebih menumpukan kepada konsep Islam, tidak kepada aspek peribadahan khusus dalam Islam. Ini adalah selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan kebudayaan serta selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Masyarakat pelajar perlu memahami persoalan-persoalan dan isu kehidupan yang luas, yang mencorak dan mempengaruhi budaya dan cara hidup masyarakat. Semua persoalan ini perlu dilihat dari kacamata dan pandangan hidup yang luas. Tasawwur Islam mampu memberi penjelasan yang menyeluruh terhadap persoalan-persoalan di atas.
Kemajuan teknologi dan komunikasi yang pantas dan pesat menjadikan dunia seolah-olah sempit dan kecil. Meskipun kepesatan kemajuan tersebut memberi sumbangan yang besar dalam kehidupan manusia, namun unsur budaya asing yang negatif semakin meningkat di samping kerapuhan ketahanan dan jati diri di kalangan masyarakat terutama golongan remaja boleh mengancam budaya dan nilai-nilai hidup murni masyarakat.
Mata pelajaran Tasawwur Islam mampu menjelaskan peranan dan sumbangan positif Islam terhadap kemajuan dunia dan keupayaannya menangani cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia.
Oleh itu, tanpa kebolehan dalam matematik, segala kejayaan tidak mungkin menjadi suatu kenyataan. Kesimpulannya, setiap individu harus menguasai matematik untuk terus hidup dengan lebih produktif dan bermakna. Pos kali ini adalah perkongsian Nota Terbaik Tasawwur Islam SPM KBSM.
Berikut adalah Nota Terbaik Tasawwur Islam SPM KBSM:
Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah
Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.