Tips Menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Tips Profession Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Tips Profession Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera admin ucapkan kepada semua pembaca. Sebelum itu, izinkan admin merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon yang telah berjaya dalam peperiksaan atas talian yang dijalankan baru-baru ini.vKedengaran tiada Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) pada tahun ini dan hanya melihat pada bmi calon dan terus menjalani PAC. Walaubagaimanapun, jangan diambil mudah ketiadaan UKJK pada tahun ini, kemungkinan PAC tahun ini akan lagi sukar dan tapisannya lagi tinggi. Kepada calon baru yang berjaya, suka admin ceritakan secara ringkas untuk PAC ini adalah penilaian yang akan dilakukan kepada calon-calon yang telah berjaya mengharungi UKJK. Dalam PAC ini, calon-calon akan diuji gaya penulisan, gaya bahasa, pertuturan, sikap dan pelbagai lagi yang menjurus kepada dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebiasaanya, PAC akan memakan masa selama satu hari. Namun, pada tahun ini, PAC hanya memakan setengah hari sahaja. Oleh itu, admin inginlah berkongsi tips yang ada boleh digunapakai menghadapi PAC.

Untuk PAC pada tahun ini, akan mengandungi enam (6) penilaian iaitu:

  1. Ujian Esei Bahasa Melayu (30 Minit)
  2. Ujian Esei Bahasa Inggeris (30 Minit)
  3. Pengucapan Awam Bahasa Melayu (50 Minit)
  4. Pengucapan Awam Bahasa Inggeris (50 Minit)
  5. Perbincangan Kumpulan Bahasa Melayu (30 Minit)
  6. Perbincangan Kumpulan Bahasa Inggeris (30 Minit)

 

Antara tips yang calon-calon boleh ikuti atau gunakan tetapi admin tidaklah menjamin ianya berkesan 100%, tetapi dapatlah membantu para calon untuk bersedia dan mempunyai persiapan.

Penampilan

Sepanjang PAC, kita akan berada dalam kumpulan yang sama dan akan ada seorang penilai yang akan bersama sehingga selesai PAC tersebut. Oleh itu, admin nasihatkan kepada calon-calon yang akan menghadiri PAC memakai pakaian yang kemas kerana itulah perkara pertama akan penilai-penilai akan lihat. Untuk calon lelaki, admin nasihatkan untuk memotong rambut pendek dan rambut hendaklah pada warna yang asal. Dinasihatkan juga untuk membuang segala misai, janggut atau jambang dengan bersih. Bagi calon perempuan yang tidak memakai tudung, hendaklah menyanggul rambut tersebut dan tidak melepaskan rambut tersebut tetapi suka admin nasihatkan untuk calon yang beragama islam memakai tudung dan fesyen tudung janganlah terlampau pelik.

Dari segi pemakaian, calon lelaki hendaklah berkemeja kosong dan warnanya tidak terlalu cerah dan gelap. Warna yang disarankan adalah putih tanpa corak yang dipandankan dengan tali leher berwarna merah ataupun biru. Seluar hendaklah seluar slack berkain licin, bertali pinggang kulit dan kasut adalah kasut kulit yang bertali. Jika ingin mengenakan long suit, pastikan tahu etika pemakaian long suit. Bagi calon wanita, pemakaian baju kurung sudah memadai dan baju tersebut bukanlah fesyen yang pelik-pelik dan menjolok mata.

Ujian Esei

Bagi esei, admin nasihatkan calon-calon untuk sentiasa membaca perihal isu semasa untuk mencari idea-idea yang boleh digunakan dalam esei tersebut. Paling penting dalam kedua-kedua ujian esei ini adalah calon-calon mestilah mempunyai pendahuluan, tiga isi kemudian wajib mempunyai penutup. Walaupun karangan itu tak seperti masa zaman SPM, tetapi sekurang-kurangnya ia masih teratur dan mengikut format yang telah ditetapkan.

Pengucapan awam

Untuk pengucapan awam, setiap calon akan diberikan lima (5) minit seorang bagi sesi pidato yang akan dijalankan. Tips yang boleh admin kongsikan adalah suara mestilah kuat, perkataan yang disebut adalah jelas dan tidak perlu bercakap laju untuk memberikan calon masa menyusun ayat satu persatu supaya gaya bahasa yang digunakan indah dan mudah difahami. Selitkan fakta-fakta yang calon-calon yakin dan pasti tetapi jangan diselitkan fakta yang tidak pasti kerana boleh jadi penilai-penilai ketika itu tahu berkenaan fakta tersebut dan akan menjeratkan calon tersebut. Jika ingin, menarik perhatian penilai, gunakan juga pantun pada penutup dan kata alu-aluan sebelum memulakan pengucapan awam. Mungkin ada calon yang tiba-tiba hilang apa untuk diperkatakan, boleh gunakan cara komunikasi dengan penonton di depan anda dengan cuba memberikan persoalan kepada mereka bagi mendapatkan respon yang memberikan masa kepada calon untuk mengingat kembali perkara yang ingin disampaikan. Admin juga ingin menasihatkan jika calon blur di tengah jalan terus senyum  dan cuba fikirkan sekejap apa yang ingin disampaikan. Kebiasannya, penilai akan memberikan masa kepada calon untuk membuat persiapan sebelum memulakan pengucapan awam tetapi bergantung kepada budi bicara mereka.

Perbincangan kumpulan

Dalam perbincangan kumpulan, para calon akan diuji bagaimana cara calon-calon menjawab pertanya, memberikan pendapat, mengulas sesuatu isu, menyokong pendapat calon lain, menunjukkan ketidaksetujuan kepada pendapat calon lain ataupun menjadi orang yang neutral dalam perbincangan terbabit. Kunci kepada berjayanya calon-calon ini berdasarkan pengamant admin adalah menerusi fakta-fakta yang diberikan tepat dan keyakinan para calon dalam mengolah dan melakukan perbincangan tersebut secara profesional tanpa berlaku perubahan emosi. Suka admin ingatkan yang hebat bercakap tak semestinya akan berjaya dan yang tidak hebat bercakap tak semestinya akan gagal. Ini kerana, pada sesi perbincangan kumpulan, calon-calon jangan sesekali mendominasi perbincangan tersebut. Ia seolah-olah menampakkan para calon mementingkan diri sendiri tanpa membantu calon yang lain. Ingatlah, bantu membantu itu adalah sesuatu yang mulia walaupun dalam persaingan. Rezeki tidak ke mana jika sudah ditentukan.

 

itu sahaja perkongsian daripada admin bagi menghadapi PAC. Diharapkan ianya berguna bagi calon-calon yang akan menduduki PAC. Yang penting, minta la doa daripada kedua ibu bapa, kerana doa mereka sangat mustajab dan sentiasalah bersedekah.

 

 

 

Add Comment