Tips Dan Soalan-Soalan Temu Duga
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 Bahagian 1
Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua yang menyinggah di Travula. Sebelum itu, izinkan admin ucapkan jutaan tahniah kepada calon-calon yang telah lulus PAC yang lepas. Dalam berpuluh ribu yang datang, kalian terpilih. Tidak juga terkecuali kepada yang tidak berjaya, admin ucapkan tahniah sebab telah cuba dengan sebaik mungkin untuk melepasi namun rezeki belum muncul lagi. Ingat, jatuh untuk kali ketujuh, bangkitlah untuk kali kelapan dan seterusnya. Berbalik kepada pos admin pada hari ini, admin nak kongsikan kepada pembaca-pembaca admin tips dan soalan-soalan yang kebiasaannya di tanya pada temu duga PTD M41.
Untuk pos ini, admin kongsikan persediaan dari segi penyediaan dokumen, penampilan, soalan yang kebiasaanya ditanya dan tips lain. Sebelum itu, perkongsian admin adalah berdasarkan ketika admin menghadiri sesi temu duga yang masih menggunakan SPA8i.
1.Dokumen
Berkenaan dengan penyediaan dokumen, calon akan menerima emel yang mengandungi maklumat masa, tarikh, angka giliran dan tempat temu duga akan dijalankan. Di bawahnya lagi akan terdapat senarai dokumen yang perlu disediakan sebelum menghadiri sesi temu duga terbabit seperti gambar di bawah.
Dokumen-dokumen tiada masalah jika calon-calon mengikut pada yang dimahukan pihak SPA. Bagi resume, admin sarankan calon-calon gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Waktu admin dulu, untuk menampakkan nilai aestetik pada resume, admin telah gunakan jenis kertas yang licin jadi ia telah ditegur di kaunter SPA disebabkan kesukaran untuk stem pada kertas berkenaan. Untuk memudahkan urusan, sediakan dua fail. Satu fail untuk salinan sijil-sijil dan dokumen-dokumen tersebut dan satu lagi salinan asal. Penyusunan tersebut boleh ikut pada turutan nombor-nombor pada dokumen yang diminta. Waktu admin dulu, admin dah susun cantik dah dokumen berserta sijil sekali dengan tajuk setiap dokumen (merujuk kepada tips temu duga) tetapi ketika pendaftaran, pihak SPA menyusun kembali sijil-sijil dan dokumen-dokumen terbabit dan dikeluarkan tajuk-tajuk dokumen tersebut.
Bahagain Seterusnya… Klik Di Sini
Jika Anda Ingin Tahu Apa itu Pegawai Tadbir dan Diplomatik, klik link di bawah: