Tips Dan Soalan-Soalan Temu Duga Pegawai Tadbir dan Diplomatik (2)

Tips Dan Soalan-Soalan Temu Duga

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 Bahagian 2

Tips Dan Soalan-Soalan Temu Duga Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 Bahagian 2

Tips Dan Soalan-Soalan Temu Duga Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 Bahagian 2

2. Penampilan

Penampilan sangat penting sebelum sesi temu duga bermula. Dari situlah kita cuba untuk memberikan first impression terbaik untuk panel-panel temuduga tersebut. Jika penampilan kita gagal, dari situ sudah memberikan tanggapan yang agar buruk kepada kita dan akan menjejaskan markah.

a. Lelaki

Bagi calon lelaki seeloknya untuk mengenakan long suit berwarna hitam. Yang boleh admin tekankan adalah blazzer dan seluar mestilah daripada warna dan material yang sama. Seeloknya berkemeja putih dan bertali leher yang mempunyai corak tetapi hanya dua warna sahaja. Sewaktu admin dulu, admin memakai tali leher berwarna merah dan mempunyai corak berwarna putih. Calon-calon juga boleh mengenakan tali leher berwarna biru. Kebiasaanya, merah dan biru menunjukkan ciri-ciri seorang ahli korporat. Bagi kasut pula, seeloknya memakai kasut kulit dan bertali. Memang diikutkan kasut tanpa tali itu mudah tetapi jika bertali tu kelihatan seseorang yang menjaga penampilannya. Seterusnya, bagi lelaki boleh mengenakan aksesori seperti jam tangan dan jam yang sesuai dengan long suit adalah berkulit atau besi. Elakkan memakai jam G-Shock atau Digital. Kemudian, rambut bagi calon lelaki hendaklah pendek dan kemas serta mencukur misai, janggut dan jambang. Ini menambah lagi kekemasan dalam diri. Itu serba sedikit berkenaan calon lelaki.

b.Wanita

Bagi calon wanita, cukup sekadar mengenakan pemakaian baju kurung. Baju kurung bukanlah jenis yang seperti menghadiri kenduri ataupun majlis majlis keramaian dan elakkan over shadow. Wanita boleh mengenakan make up tapi janganlah berlebihan dan jika yang tidak memakai tudung, hendaklah disanggul rambut tersebut. Barulah nampak kekemasan daripada situ. Jika ada calon yang ingin memakai long suit boleh jika selesa. Jam tangan juga boleh dikenakan bagi wanita dan juga memakai court shoes.

c.NameTag

Calon-calon boleh memakainya tetapi jika diarahkan untuk menanggalkannya,  calon-calon harus berbuat demikian. Sewaktu admin dahulu, nametag perlu ditanggalkan disebabkan masih belum berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

 

Bahagian Seterusnya… Klik Di Sini

 

Jika Anda Ingin Tahu Apa itu Pegawai Tadbir dan Diplomatik, klik link di bawah:

Apa itu Pegawai Tadbir dan Diplomatik?

Add Comment