Himpunan RPT Tahun 4 2021

Himpunan RPT Tahun 4 2021

Perkongsian ini adalah yang terkini iaitu himpunan RPT Tahun 4 2021 pelbagai mata pelajaran.

Rancangan Pengajaran Tahunan adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula dimana ia berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh setiap guru.

Rancangan Pengajaran Tahunan merangkumi skop berikut :

  • Kemahiran bagi setahun.
  • Senarai kemahiran-kemahiran.
  • Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
  • Rujukan sukatan pelajaran.

Rancangan Pengajaran Tahunan adalah sebagai satu panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Disamping itu RPT dapat mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam  sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu. Penyediaan RPT juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik dalam sesuatu mata pelajaran teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid. Penyediaan RPT memudahkan guru pengganti menggambil alih  tugas guru yang sebelumnya untuk meneruskan pengajaran. Selain itu RPT juga menjadi panduan kepada guru untuk menyelaras dan menyediakan soalan ujian bulanan dan peperiksaan. Guru dapat menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah sekiranya RPT disediakan dengan jelas dan lengkap.

Berikut merupakan unsur dalam sesuatu RPT yang perlu disediakan oleh guru:

Ciri Utama Rancangan Pelajaran Tahunan

  • Berdasarkan Sukatan Pelajaran.
  • Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.
  • Merangkumi sepanjang tahun.
  • Diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid.
  • Disusun berdasarkan takwim sekolah.

Perkara dalam Lajur Rancangan Pelajaran Tahunan

  • Kelompok : Masa pelaksanaan ( tiga hingga empat minggu).
  • Tema dan Tajuk.
  • Hasil Pembelajaran Khusus (HPK).
  • Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.
  • Catatan.
  • Peperiksaan / ujian bulanan,
  • Cuti Sekolah
  • Program / Aktiviti Sekolah
  • Laman web
  • Bahan bantu belajar/ mengajar, lembaran pengurusan grafik (LPG).
  • Hari sukan dan yang lain-lain.

Berikut adalah Himpunan Terkini RPT 2021  Tahun 4

RPT Pendidikan Jasmani Tahun 4 2021 KSSR Semakan

RPT Pendidikan Moral Tahun 4 2021 KSSR Semakan

RPT Pendidikan Islam Tahun 4 2021 KSSR Semakan

RPT Reka Bentuk Teknologi Tahun 4 2021 KSSR Semakan

RPT Sejarah Tahun 4 2021 KSSR Semakan

RPT Matematik Tahun 4 2021 KSSR Semakan

RPT Sains Tahun 4 2021 KSSR Semakan

RPT Bahasa Melayu Tahun 4 2021 KSSR Semakan

Bahan bahan yang dikongsikan seperti RPT, modul, kertas peperiksaan, nota dan pelbagai lagi adalah perkongsian bahan pdpc daripada rakan rakan guru seluruh Malaysia. Dibenarkan para guru, ibubapa atau pelajar berkongsi dengan rakan rakan yang lain.

Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah

Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.

Add Comment