Tips Temuduga Kerja Menurut Pegawai Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Kerajaan
Tips Temuduga Kerja Menurut Pegawai Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Kerajaan
Tips Temuduga Kerja
Tips temuduga ini disediakan untuk panduan kepada calon temuduga bagi persediaan untuk hadir temuduga kerja.
Kita akui dengan tawaran kerja yang amat terhad, setiap temuduga kerja yang bakal dihadapi merupakan satu titik penting dalam kehidupan kita. Do well and that’s it, our quest for the job, all the hasle of job seeking akan berakhir dan kita boleh fokus kepada agenda kehidupan kita seterusnya di dunia yang sementara ini. Berikut dikongsikan tips temuduga kerja yang diperolehi daripada individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan sumber manusia dalam sektor awam dan swasta. Semoga tips temuduga kerja ini boleh membantu calon-calon temuduga dalam mendapatkan outcome terbaik dalam temuduga yang bakal dihadapi.
1.Tips temuduga kerja ini menitikberatkan persediaan awal bagi menghadapi temuduga iaitu memastikan maklumat tepat berkaitan temuduga; lokasi, masa dan dokumen yang perlu dibawa. Boleh rujuk kepada indiviu yang telah hadir temuduga yang sama bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan perjalanan temuduga tersebut.
2.Tips temuduga yang paling asas adalah fahami dahulu dengan jelas skop kerja jawatan yang dimohon termasuklah maklumat asas berkaitan organisasi yang berkaitan dengan jawatan tersebut. Rujuk laman web atau bertanya dengan kakitangan di organisasi tersebut untuk pemahaman yang jelas.
3.Pada hari temuduga, hadir awal supaya dapat bertenang dan yakin semasa sesi temuduga kerja. Ketrampilan hendaklah dalam keadaan terbaik bagi memberikan first impression yang baik kepada panel temuduga. Namun, jangan overdressed, jika jawatan yang dimohon peringkat kakitangan sokongan, memadai baju kemeja lengan panjang tanpa tali leher/blazer bagi lelaki dan baju kurung biasa bagi wanita dan berkasut hitam. Ringkasnya, elemen penampilan yang tepat boleh menjadi penentu kejayaan anda dalam temuduga kerja yang dihadapi. Mana – mana tips temuduga yag dirujuki akan mencadangkan perkara yang sama berhubung penampilan diri ini.
4.Masuk ke bilik temuduga dengan memberi salam dan jangan duduk selagi tidak diminta. Jika boleh, dapatkan nama panel temuduga dan pastikan gelaran mereka (Dato’/Dr/Tuan Haji/Puan Hajah) dikenal pasti terlebih dahulu. Pastikan ucapan terima kasih sentiasa meniti di bibir pada sesi temuduga kerja bagi menunjukkan peribadi kita yang baik.
5.Perkara kelima merupakan antara tips temuduga yang paling penting. Dalam sesi temuduga kerja, jangan terlalu yakin dan sentiasa bersikap merendah diri. jika ada soalan berbentuk provokasi, jawablah dengan rendah diri, “insya-allah, saya boleh buat”. Highlightkan pengalaman kerja atau kemahiran/pengetahuan kita yang relevan dengan jawatan yang dimohon bagi mendapatkan perhatian panel temuduga. Jujur dengan situasi semasa kita dan yakinkan panel bahawa kita amat berharap untuk menjawat jawatan tersebut.
6.Sebelum sesi temuduga kerja tersebut berakhir ketika semua soalan telah ditanyakan oleh panel temuduga, cuba highlightkan sekali lagi kepada panel temuduga yang kita amat berharap agar jawatan tersebut boleh diberikan kepada kita. Jangan lupa bersalaman dengan panel yang sama jantina dengan kita dan mengucap salam dan terima aksih sebelum beredar dari bilik temuduga. Tips temuduga ini merupakan tips penting dan jarang dikongsikan dalam tips temuduga kerja lain.
7.Tips temuduga yang terakhir adalah DOA. Selepas berusaha sedaya upaya, jangan lupa untuk berdoa dan memohon daripada tuhan agar jawatan yang dimohon menjadi rezeki kita. rajin-rajinkanlah solat hajat sebelum dan selepas temuduga dengan harapan supaya jawatan yang dimohon tersebut merupakan rezeki untuk kita.
8.Semoga tips temuduga kerja ini boleh membantu menghadapi temuduga kerja dengan lebih baik. Semoga jawatan yang dimohon akan menjadi rezeki kita. Jangan lupa, jawatan yang diperolehi merupakan satu amanah, jalankan amanah dengan sebaik-baiknya supaya rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati.