AMALAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW UNTUK DIPRAKTIKKAN
AMALAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW UNTUK DIPRAKTIKKAN
AMALAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW UNTUK DIPRAKTIKKAN
Sebagai Umat Nabi SAW, kita perlu mengadaptasi sebanyak mungkin sunnah Nabi SAW dalam kehidupan kita. Berikut saya kongsikan sunnah dan amalan Nabi Muhammad SAW yang boleh diadaptasikan sedikit demi sedikit dalam kehidupan harian kita. Who knows, pada akhirat kelak kerana sunnah NAbi SAW yang kita amalkan ini kita diberi syafaat oleh baginda Nabi SAW.
1. Sunnah Nabi Muhammad SAW yang paling mudah untuk diamalkan adalah sentiasa memakai pakaian/aksesori bermula dengan sebelah kanan – memakai baju seluar dimulai dengan sebelah kanan, memakai jam pada tangan kanan.
2. Nabi Muhammad SAW sentiasa memberi salam apabila bertemu muslim yang lain terutamanya bagi yang berkenderaan kepada yang berjalan kaki.
3. Ketika makan, Nabi Muhammad SAW menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang paling hampir dengan baginda. Nabi Muhammad SAW juga tidak meniup makanan beliau dan tidak mencela makanan meskipun rasanya tidak sedap.
4. Nabi Muhammad SAW amat murah dengan senyuman. Jadikanlah senyum sebagai satu amalan sunnah selagi tidak menimbulkan fitnah dan salah faham.
5. Sebelum dan selepas tidur, Nabi Muhammad SAW akan menepuk – nepuk tempat tidur baginda. Bolehlah kita amalkan dalam kehidupan kita selepas ini , Insya-Allah.
6. Ketika memakan kurma, Nabi Muhammad SAW hanya menggunakan 3 jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari
7. Anak yatim merupakan “lubuk pahala” jika kita benar – benar ingin beramal. Nabi Muhammad SAW gemar memberi makan kepada anak yatim. Bolehlah kita menjadikan amalan baginda sebagai ikutan kita, insya-Allah.
8. Nabi Muhammad SAW sentiasa memperbanyakkan doa ketika sujud. Jadi, bagi yang benar-benar berhajatkan sesuatu, perbanyakkan doa ketika sujud, dalam masa yang sama, kita juga mengamalkan sunnah nabi SAW.
9. Antara sunnah Nabi Muhammad SAW yang lain yang boleh dipraktikkan dalam hidup kita adalah tidur dalam keadaan berwuduk. Apa salahnya selepas menggosok gigi atau mencuci muka sebelum tidur, kita luangkan seminit dua untuk mengambil wuduk seperti yang diamalkan Nabi Muhammad SAW.
10. Selain sunnah Nabi SAW yang dinyatakan di atas, sebenarnya terdapat banyak lagi sunnah Nabi SAW yang boleh kita jadikan “habit” kita. Apa yang penting, setiap sunnah NAbi SAW yang kita amalkan hendaklah disertai dengan niat/qasad supaya kita beroleh pahala daripada amalan tersebut.