PENGAMBILAN GURU BARU BERMULA JULAI 2021 BAGI MENGATASI ISU KEKURANGAN GURU

PENGAMBILAN GURU BARU BERMULA BULAN JULAI 2021 BAGI MENGATASI ISU KEKURANGAN GURU DI SEKOLAH

20 Jun 2021 – Di sini terdapat berita baik buat lepasan ijazah bagi terutamanya dalam bidang perguruan. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Yang Berhormat Datuk Dr. Radzi bin Md. Jidin, pengambilan guru akan dibuat bermula 7 Julai 2021. Demikian pengumuman beliau dalam satu sidang media pada jam 10 pagi tadi.

Pengambilan itu akan melibatkan 18,702 kekosongan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Pelaksanaan pengambilan guru secara “one off” ini bertujuan mengatasi masalah kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.

Dalam sidang media tersebut, Yang Berhormat Datuk Dr. Radzi turut memaklumkan dua cabaran utama dalam melaksanakan pengambilan guru. Cabaran pertama adalah kekurangan calon guru lulusan institut perguruan dan cabaran kedua pula adalah ketidaksesuaian pilihan mata pelajaran.

Bagi mengatasi isu yang telah dikenal pasti dalam pengambilan guru ini, satu kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) diadakan dengan mencadangkan dua pendekatan. Pendekatan pertama adalah dengan memperkenalkan kluster opsyen mata pelajaran. Kepelbagaian kaedah lantikan turut dicadangkan sebagai pendekatan kedua dalam mengatasi masalah tersebut.

Kerjasama antara tiga agensi ini juga bakal melibatkan tiga komponen utama dalam urusan pengambilan. Komponen tersebut merangkumi panel penemuduga, keurusetiaan dan logistik.

Menurutnya lagi, Negeri Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang mencatatkan kekosongan jawatan guru yang tinggi. Berdasarkan mata pelajaran pula, keperluan pengambilan guru adalah ketara bagi subjek bahasa melayu, bahasa inggeris, sejarah dan pendidikan agama Islam. Selain itu, mata pelajaran pendidikan khas dan teknologi maklumat juga didapati mengalami situasi yang sama. Jadi, peluang yang lebih cerah bagi lepasan ijazah perguruan dalam bidang tersebut untuk dilantik ke skim perkhidmatan pendidikan ini.

Proses pengambilan guru ini dijangka akan mula dibuka pada 7 Julai 2021 manakala penempatan pula bakal dilaksanakan pada Ogos tahun ini.

sumber Dr Radzi Jidin

Panduan permohonan dan e borang

 

RUJUK TIPS MENHADAPI TEMUDUGA SEBAGAI PERSIAPAN

Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««

Like juga page facebook kami:

»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment