KERJA KOSONG MAFI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN DAN JABATAN VETERINAR: PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19

KERJA KOSONG MAFI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN: PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19

Kerja kosong MAFI ini melibatkan jawatan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19. Permohonan kerja boleh diajukan secara atas talian. Sebelum itu, sedikit info berkaitan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan;

Visi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan adalah berperanan sebagai Peneraju Transformasi Makanan. Dalam mencapai visi tersebut, tiga misi telah dirangka iaitu;

  1. Mentranformasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif.
  2. Malaysia kompetitif sebagai pengeluar makanan dunia.
  3. Pertanian sebagai salah satu penjana ekonomi negara.

Dalam mencapai ketiga – tiga misi tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menetapkan objektif untuk menerajui proses transformasi dalam sektor pertanian secara terancang, bersepadu dan menyeluruh yang berteraskan penggembelengan seluruh tenaga dan pemikiran organisasi ke arah pencapaian dasar agromakanan Malaysia.

Warga Kementerian Pertanian dan Industri Pertanian telah diterapkan dengan lima teras utama sebagai panduan dalam mencapai visi dan misi MAFI iaitu;

  1. Menggubal, merancang, melaksanakan dasar, strategi dan Program Pembangunan Pertanian
  2. Menilai, menyelaras dan memastikan pelaksanaan projek dan program Pembangunan Pertanian Agromakanan.
  3. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi meningkatkan produktiviti dan saya saing sektor agromakanan.
  4. Menggalakkan pelaburan domestik dan asing dalam sekto agromakanan.
  5. Merangka dan melaksanakan rantaian pemasaran dan agromakanan yang cekap dan berkesan.

Selaras dengan objektif dan lima teras yang dirangka, keperluan sumber manusia di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hendaklah sentiasa pada tahap optimum. Justeru, kerja kosong MAFI ditawarkan bagi memastikan isu sumber manusia boleh diatasi.

Untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung kerja kosong MAFI ini, pemohon boleh melayari pautan di bawah. Terdapat dua pautan iaitu bagi kerja kosong MAFI di Semenanjung Malaysia dan juga di Sarawak. Permohonan hendaklah dikemukakan selewatnya pada 27hb Jun (Ahad) jam 11.59 malam.

Kerja kosong MAFI : Semenanjung

PERMOHONAN PEMBANTU PENGUAT KUASA MAFI DAN JABATAN VETERINAR DI SEMENANJUNG

Kerja kosong MAFI : Sarawak

PERMOHONAN PEMBANTU PENGUAT KUASA MAFI DI SARAWAK

Klik SINI untuk Jawatan Kosong di Kementerian Pembangunan Luar Bandar

ANDA JUGA BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN KERJA DI SEKTOR SWASTA MELALUI PAUTAN INI

sumber MAFI dot com dot my

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment