Koleksi Ujian Mac Matematik Tahun 1 hingga 6

Koleksi Ujian Mac Matematik Tahun 1 hingga 6

Di peringkat sekolah rendah, kebiasaanya murid akan menduduki lebih kurang 4 kali peperiksaan peringkat sekolah iaitu peperiksaan pada bulan Mac, Mei, Ogos dan November. Peperiksaan berkala yang dilaksanakan selama 4 kali setahun bertujuan untuk menguji murid tahap pengusaan mereka sepanjang tahun.

Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep yangdisampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau markah yangdiperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu aras pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran yang berkenaan.

Ujian juga digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar. Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku.

 Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya.

Antara contoh contoh soalan

Berikut merupakan kertas ujian mac matematik sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6

Ujian Mac Matematik Tahun 1

ujian mac matematik tahun 2

Ujian Mac Matematik Tahun 3

Ujian Mac Matematik Tahun 4

Ujian Mac Matematik Tahun 5

Ujian Mac Matematik Tahun 6

Di atas merupakan kertas mac matematik bagi sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6 untuk kegunaan ujian 1 atau ujian bulan mac.

Boleh share kepada rakan guru di sekolah. Semoga boleh dijadikan panduan kepada rakan guru dan memudahkan urusan guru.

Add Comment