244 kerja kosong kerajaan sektor awam Julai 2018
Terdapat 244 kerja kosong kerajaan sektor awam yang perlu diisi oleh warganegara Malaysia di mana permohonan ini akan ditutu pada bulan Julai 2018. Kerja kosong ini terdapa di pelbagai kementerian.
Antara kerja kosong tersebut adalah merupakan Pembantu Penilaian Gred W19 bagi yang berkelulusan SPM / SKM dan Pembantu Awam Gred H11 bagi yang mempunyai sijil SRP, PMT dan PT3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Julai 2018 Ahad pada pukul 11.59 malam. Tiada resume diperlukan dan hanya perlu memohon secara online.
Sedikit mengenai Pembantu Penilaian Gred W19 Gaji permulaan RM 1353 dengan maksimun RM 4005. Kenaikan tahunan adalah RM 100. Sedikit mengenai Pembantu awam gred H11 Gaji Permulaan RM 1218 dengan gaji maksimun RM 2939. Kenaikan tahunan adalah RM 80. Skop tugas adalah seperti Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
Mohon di sini Permohonan Pembantu Penilaian dan Pembantu awam
Terdapat 10 kekosongan sekarang di Kementerian Belia dan Sukan sebagai Pembantu Pegawai Latihan E19. Ini merupakan peluang kerjaya di Kementerian Belia dan Sukan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2018 Ahad pada jam 11.59 malam. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki pengkhususan berikut iaitu pengurusan hospitaliti, bakeri, pastri, fesyen pakaian dan kecantikan serta dandanan rambut.
Mohon kekosongan di kementerian belia dan sukan di Permohonan Pembantu Pegawai Latihan di KBS
Terdapat 169 kekosongan sekarang di Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19. Ini merupakan peluang kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Tugasan merangkumi bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut, Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan, Mengurus dan mengawal peruntukan.
Mohon kekosongan di Kementerian Kesihatan ini di Permohonan Pembantu Tadbir Kewangan W19
Terdapat 11 kekosongan sekarang di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia sebagai Penghantar Notis Gred N11. Ini merupakan peluang kerjaya di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.
Mohon kekosongan di sini Permohonan Kekosongan Penghantar Notis N11
Bagi 3 permohonan di atas, tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2018 Ahad pada jam 11.59 malam. Share kepada rakan rakan dan saudara mara yang berminat untuk bekerja di sektor awam.