Bayi Yang Disangka Hilang Rupa-Rupanya Sebaliknya

Bayi Yang Disangka Hilang Rupa-Rupanya Sebaliknya

Gombak, 4 Julai 2018 – Di saat, kita sibuk dengan berita penahanan Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia, hari ni ibu negara sekali lagi dikejutkan dengan kes seorang bayi lelaki berusia 5 bulan bernama Adam Rayqal yang dipercayai hilang petang semalam dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda Batu Cave. Bayi Adam Rayqal dipercayai hilang pada jam 6.30 petang rupa-rupanya dijumpai meninggal dunia di rumah pengasuhnya sendiri. Apa yang mengejutkan, Adam Rayqal dijumpai di dalam peti sejuk dibungkus dengan beg hijau.

Pos daripada Ayah Adam tentang kehilangan anaknya

 

Kejadian bermula, pada pukul 6.30 petang, di mana pengasuh kepada Adam menelefon ibu Adam untuk memaklumkan ayahnya untuk mengambil Adam. Kemudian, apabila mendapat Adam hilang di rumah pengasuhnya, ibu bapa Adam membuat laporan polis pada pukul 9.00 malam. Kemudian, apabila polis melakukan soal siasat ke atas pengasuh Adam, berlaku kecurigaan daripada pengasuhnya sendiri dan akhirnya, pengasuh mengaku bahawa Adam Rayqan berada di rumahnya di dalam peti sejuk.

Beg hijau di mana Adam diletakkan

 

 

Ada individu yang mengatakan Adam Rayqal meninggal dunia disebabkan tersedak susu ketika di rumah pengasuhnya. Disebabkan panik, pengasuhnya menyembunyikan mangsa di dalam peti sejuk dan memaklumkan kepada ibu bapa mangsa yang mangsa telah diculik.

Namun, bedah siasat yang dilakukan pada petang tadi membawa kepada jawapan kepada kes berkenaan. Adam Rayqal yang berusia 5 bulan meninggal dunia bukan disebabkan tersedak susu tetapi didera oleh pengasuhnya. Menurut laporan bedah siasat, mangsa telah dipukul di kepala dengan objek tumpul dipercayai oleh pengasuhnya sendiri.

Laporan bedah siasat Adam Rayqan

Pengasuhnya telah ditahan bersama-sama pasangannya yang didakwa seorang tomboi.

Mayat Adam Rayqan telah dibawa ke Terengganu untuk dikebumikan di sana. Semoga ibu bapa Adam Rayqan tabah dan sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T. Tidak mudah untuk seseorang menerima kematian seseorang yang disayangi lebih-lebih lagi apabila punca daripada perbuatan orang lain. Diharap pihak berwajib dapat memberikan hukuman yang setimpal ke atas perlaku dan semoga ia menjadi pengajaran juga kepada kita semua.

 

Jangan lupa like facebook page kami untuk pelbagai perkongsian lagi

——————–> Travel Trending Tular Terkini <——————–

Add Comment