Koleksi Lengkap Rancangan Pengajaran Tahunan Sekolah Menengah

Koleksi Lengkap Rancangan Pengajaran Tahunan Sekolah Menengah

Selamat diucapkan kepada para guru sekolah menengah di Malaysia ini. Seperti biasa, di awal sesi persekolahan, apa yang biasa dan akan dilakukan oleh guru adalah dengan menyediakan rancangan pengajaran tahunan berdasarkan subjek yang diajar berpandukan dskp atau hsp dan mengikut takwim tahun semasa.

Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.

Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif yang perlu dicapai dan dikuasai murid, serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.

Kepentingan Rancangan Tahunan ialah ia membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur dalam tempoh jangka masa yang panjang iaitu dua semester yang bersamaan dua tahun. Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar , di samping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran tahunan adalah untuk menjadi panduan kepada guru dalam menyelaraskan dan menyediakan soalan ujian bulanan dan peperiksan di samping  untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan.  Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan merujuk kepada RPT serta latar belakang murid.

Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif yang perlu dicapai dan dikuasai murid, serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.

Persediaan mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Guru perlu merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran iaitu masa, standard kandungan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru.

Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematis membolehkan guru untuk menentukan objektif pelajaran supaya dapat mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara atau aspek yang perlu diajar sebagaimana yang disarankan dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan (DSKP)

Berikut merupakan koleksi rancangan pengajaran yang telah disusun mengikut tingkatan masing masing.

RPT Tingkatan 1 2018

RPT TIngkatan 2 2018

RPT Tingkatan 3 2018

RPT Tingkatan 4 2018

RPT Tingkatan 5 2018

Jutaan terima kasih kepada rakan guru yang sudi berkongsi bahan ini.

Add Comment