Koleksi Ujian Pertengahan Tahun Sains Tahun 4 2018

Koleksi Ujian Pertengahan Tahun Sains Tahun 4 2018

Peperiksaan merupakan satu perkara yang penting dalam hidup seseorang pelajar. Peperiksaan menentukan halatuju bagi seseorang pelajar dalam dunia pendidikan. Pelajar akan mencari halatuju masing-masing selepas mendapat keputusan peperiksaan kebangsaan.

Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Di peringkat rendah atau menengah, peperiksaan dijalankan secara berkala iaitu terdapat sekolah mengadakan peperiksaan sebanyak 2 kali setahun dan ada sekolah yang mengadakan peperiksaan sebanyak 4 kali sehari.

Berikut merupakan kenapa pihak sekolah melaksanakan peperiksaan..

Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.

ntuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat mempertingkatkan pengajaran mereka.

Berikut merupakan kertas ujian pertengahan tahun sains tahun 4 2018. Ringankan tangan share kepada kawan kawan.

UPT Sains tahun 4

Kertas ujian dikumpul melalui tahun tahun dari tahun 1 hingga tahun 6. Semoga perkongsian kertas ujian ini memudahkan rakan guru membina soalan sendiri untuk diuji pada murid nanti.

Add Comment