Koleksi Ujian Mac Sains Tahun 1 hingga 6
Di peringkat sekolah rendah, kebiasaanya murid akan menduduki lebih kurang 4 kali peperiksaan peringkat sekolah iaitu peperiksaan pada bulan Mac, Mei, Ogos dan November. Peperiksaan berkala yang dilaksanakan selama 4 kali setahun bertujuan untuk menguji murid tahap pengusaan mereka sepanjang tahun.
Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep yangdisampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau markah yangdiperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu aras pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran yang berkenaan.
Ujian juga digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar. Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku.
Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya.
Antara contoh contoh soalan
Contoh soalan
- Antara berikut yang manakah merupakan pengeluar dalam suatu rantai makanan?
- Antara rantai makanan berikut, yang manakah tidak benar?
- Haiwan P hanya bergantung kepada tumbuhan Q sebagai makanannya. Apakah yang akan berlaku jika tumbuhan Q pupus?
- Apakah ciri-ciri khas bagi pokok kaktus yang dapat menghalang kehilangan air yang berlebihan?
- Apakah ciri khas bagi pokok getah untuk mengurangkan kehilangan air yang berlebihan pada musim panas?
- Antara tumbuhan berikut, yang manakah mempunyai bulu halus untuk menghalang musuh daripda mendekat
Berikut merupakan kertas soalan ujian mac sains dan dunia sains teknologi dari tahun 1 hingga tahun 6 termasuk kssr semakan 2017 untuk tahun 1 dan tahun 2 2018.
Ujian Mac Sains Tahun 2 KSSR Semakan 2017 (Baru)
Di atas merupakan kertas mac sains bagi sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6 untuk kegunaan ujian 1 atau ujian bulan mac.
Boleh share kepada rakan guru di sekolah. Semoga boleh dijadikan panduan kepada rakan guru dan memudahkan urusan guru.