Koleksi Ujian Pertengahan Tahun 2018 Tahun 2 KSSR Semakan 2017

Koleksi Ujian Pertengahan Tahun 2018 Tahun 2 KSSR Semakan 2017

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)” Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran

Bulan Mei boleh dikatakan merupakan bulan peperiksaan kerana hampir semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan mahupun swasta pastinya akan mentadbir satu peperiksaan sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun.

Peperiksaan secara umumnya dapat ditakrifkan sabagai satu cara untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yang diikuti.Peperiksaan juga dikira sebagai kayu ukur bagi menentukan keupayaan serta kemampuan seseorang di dalam sistem pemarkahan sama ada cemerlang, baik, sederhana atau gagal.

Peperiksaan dapat menggalakkan pelajar mengambil berat terhadap apa yang dipelajarinya serta mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri dalam sesuatu mata pelajaran. Peperiksaan mampu mempertingkatkan diri seseorang daripada malas kepada rajin, gagal kepada jaya, sederhana kepada baik dan baik kepada cemerlang.

Ada sekolah yang melaksanakan 2 sahaja peperiksaan iaitu ketika pertengahan tahun dan akhir tahun dan ada juga pihak sekolah mengadakan 4 kali peperiksaan iaitu bulan mac, pertengahan tahun (mei), september dan akhir tahun (november). Semua ini bergantung kepada pentadbiran sekolah.

Perkongsian kali melibatkan ujian peperiksaan sebanyak 4 kali setahun iaitu bulan mac, mei, september dan november. Soalan disediakan hanyalah contoh untuk sekolah kebangsaan.

Bagi tahun 2018 ini, kurikulum tahun 2 akan mengalami semakan di mana terdapat beberapa perubahan pada kurikulum dan kandungan pelajaran. Antaranya adalah pengenalan subjek pendidikan kesenian untuk menggantikan pendidikan seni visual dan pendidikan muzik dan juga mata pelajaran sains diperkenalkan untuk menggantikan dunia sains teknologi.

Berikut merupakan contoh contoh set ujian yang boleh digunakan untuk murid tahun 2 bagi tahun 2018 ini.

upt bahasa iban tahun 2

UPT BM Penulisan Tahun 2

upt bm pemahaman tahun 2

upt bi kertas 1 tahun 2

upt bi kertas 2 tahun 2

upt matematik tahun 2

upt dst tahun 2

upt psv tahun 2

upt pjk tahun 2

upt pai tahun 2

UPT Moral Tahun 2

upt muzik tahun 2

Bagi soalan yang terkini di bawah sini

UPT PJPK Tahun 2

UPT Pendidikan Kesenian Tahun 2

UPT Sains Tahun 2

UPT Matematik Tahun 2

UPT Bahasa Inggeris Tahun 2

UPT Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 2

UPT Bahasa Melayu Penulisan Tahun 2

Diharapkan para guru dapat menyesuaikan contoh contoh soalan ini dengan persediaan anak anak murid sendiri di sekolah. Diharap dapat memudahkan urusan para guru. Ambil sahaja dan tidak perlu mohon izin. Juga dipersilakan share di laman sosial masing masing.

Add Comment