Soalan 2 Kertas 2 Bahasa Melayu SPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan prasyarat wajib lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ia termaktub dalam Perlembagaan sebagai Bahasa Kebangsaan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
“SPM wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah, makna kalau awak tak lulus Bahasa Melayu dan Sejarah, maka tak luluslah SPM. Jadi maknanya di Malaysia ini dua kertas wajib lulus iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah.
“Kalau dah diwajibkan lulus dalam SPM, yang menjadi teras semua jenis peperiksaan di Malaysia ini maknanya sudah tentunya mata pelajaran itu termaktub dalam Perlembagaan negara yang meletakkan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan,” katanya.
Beliau berkata, bukan itu sahaja, Bahasa Melayu juga berada di kelasnya sendiri apabila rakyat pelbagai kaum di negara ini boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan tidak ada alasan prasyarat Bahasa Melayu hendak dilonggarkan bagi menjawat jawatan dalam kerajaan.
“Maknanya itulah kenyataan saya bahawa Bahasa Melayu wajib lulus untuk SPM, kena boleh bertutur oleh semua rakyat Malaysia tanpa latar belakang, itu saja,” katanya selepas majlis Pelancaran Menarik Di Padang Terap #Agropreneur dan Jamuan Aidilfitri di Pusat Informasi Pelancongan daerah Padang Terap di sini, hari ini. Oleh itu, pelajar wajid lulus Bahasa Melayu untuk mengelakkan sebarang masalah seperti yang diuar-uarkan seperti petikan akhbar di atas ini.
Maka, pos kali ini akan kami Soalan 2 Kertas 2 Bahasa Melayu SPM :
Soalan 2 Kertas 2 Bahasa Melayu SPM – Merumuskan Karangan
Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah
Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.