DSKP TINGKATAN 5 PELBAGAI MATA PELAJARAN

DSKP TINGKATAN 5 PELBAGAI MATA PELAJARAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSM menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Usaha memasukkan Standard Pentaksiran di dalam dokumen kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenalpasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid.

DSKP mengandungi tiga standard iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Manakala Standard Pembelajaran pula merangkumi satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Manakalah Standard Prestasi pula ialah satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai (indicator of success).

             Oleh itu, di sini kami kongsikan DSKP TINGKATAN 5 PELBAGAI MATA PELAJARAN :

PRINSIP PERAKAUNAN

EKONOMI ASAS

PERNIAGAAN

GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL

ASAS KELESTARIAN

PERTANIAN

SAINS RUMAH TANGGA

REKA CIPTA

SAINS KOMPUTER

SAINS SUKAN

DINI

 

 Bahan bahan yang dikongsikan seperti DSKP, modul, kertas peperiksaan, nota dan pelbagai lagi adalah perkongsian bahan pdpc daripada rakan rakan guru seluruh Malaysia. Dibenarkan para guru, ibubapa atau pelajar berkongsi dengan rakan rakan yang lain.

Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah

Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.

Add Comment