Bagaimana Nak Perkenalkan Diri Semasa Temuduga? Ini caranya..

Bagaimana Nak Perkenalkan Diri Semasa Temuduga? Ini caranya..

Apabila ditemuduga mesti soalan yang pertama adalah berkenaan tentang diri kita. Jawapan yang biasa didengari adalah “Saya ada empat orang adik-beradik. Ayah saya bekerja sebagai guru. Emak saya pulak bekerja sebagai seorang doktor dan bla bla bla…” Tahukah anda? jawapan ini memberikan first impression yang membosankan  kepada penemuduga seterusnya menjadikan sesi temuduga tidak rancak kerana jawapan yang selalu diceritakan oleh calon adalah terlalu biasa. Perlu diingatkan, penemuduga tidak menemu duga anda seorang sahaja pada ketika itu, boleh jadi ada 20 orang calon lagi. Bayangkan calon yang pertama bercerita berkenaan hal diri seperti yang kebiasaan, kemudian calon seterusnya menggunakan cara yang sama, sudah tentu penemuduga akan mula merasa bosan. Oleh itu, diharapkan artikel kali ini, dapat menolong anda semua bagaimana nak menjawab  soalan tentang diri kita itu lebih menarik. Seterusnya mengubah suasana temuduga tersebut.

 

Gunakan Elevator Pitch

Apa yang perlu ada dalam Elevator Pitch ni?

  • Persona Profesional

Contohnya: “Saya ada enam tahun pengalaman dalam industri kreatif. Jawatan terakhir saya ialah di ABC Sdn Bhd di mana saya bekerja selama tiga tahun.

  • Kelebihan Yang Anda Miliki

Contohnya: “Di situ saya mengetuai tim seramai tiga orang dan design kami digunakan oleh majalah dan bilboard nasional…”

  • Sumbangan Yang Boleh Diberikan Kepada Syarikat

Contohnya: “Sementara saya suka bekerja di situ, saya melihat dengan bekerja di syarikat tuan, saya boleh membawa seni kreatif Malaysia ke peringkat kebangsaan. Ia adalah sesuatu yang saya impikan selama ini, sesuai dengan fokus syarikat tuan selama ini.”

 

Oleh itu, kuasailah elevator pitch. Manfaatkannya untuk membina impression hebat pada soalan pertama ini. Selepas itu, penemuduga akan menyoal satu demi satu soalan berkisarkan kepada perkenalan diri tadi itu. Jadi, penemuduga tak bosan untuk mendengar setiap jawapan daripada mulut anda.

Sumber: Twitter @nobisha

 

Jangan lupa like facebook page kami untuk pelbagai perkongsian lagi

——————–> Travel Trending Tular Terkini <——————–

 

 

Add Comment