Fail Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Terkini 2019

Fail Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Terkini 2019

Fail Pembelajaran Dan  Pemudahcaraan (PdPc)  Terkini 2019

Fail Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Terkini 2019

 

Pembelajaran Abad ke-21 ialah suatu transformasi dalam dunia pendidikan iaitu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional seperti chalk and talk kepada kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa. Dengan itu, semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat mengurus perubahan tersebut dengan cekap dan berkesan kerana guru merupakan “kumpulan pelaksana” yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan tersebut.
Pada masa yang sama, guru perlu menyedari bahawa dunia pendidikan kini perlu seiring dengan perkembangan zaman agar tidak ketinggalan. Seiring dengan itu, kaedah PdPc perlu diubahsuai ke arah perkembangan teknologi siber dan berpusatkan murid agar menarik minat murid untuk menghayati mata pelajaran yang dipelajari sekaligus memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka.
Apabila disentuh pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sini, guru berperanan sebagai perancang,pengawal,pembimbing,pendorong dan penilai untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan menghasilkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Seterusnya, peranan murid pula adalah sebagai pembelajar aktif untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan serta mengamalkan nilai positif.
Maka, sesuailah sekiranya seorang guru mengamalkan Pembelajaran Abad ke-21 di dalam bilik darjah agar menglahirkan murid yang mempunyai berkualiti iaitu murid yang berpengetahuan, murid yang mempunyai kemahiran berfikir, murid yang mempunyai kemahiran untuk memimpin, murid yang mempunyai kemahiran dwibahasa, murid yang mempunyai etika dan kerohanian dan akhir sekali murid yang  memaparkan identiti nasional.
Oleh itu, berikut adalah Fail Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Terkini 2019  :
Bahan bahan yang dikongsikan seperti RPT, modul, kertas peperiksaan, nota dan pelbagai lagi adalah perkongsian bahan pdpc daripada rakan rakan guru seluruh Malaysia. Dibenarkan para guru, ibubapa atau pelajar berkongsi dengan rakan rakan yang lain.

Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah

Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.

Add Comment