Himpunan Soalan Bahasa Melayu Penggal 1 2019 Tingkatan 2 KSSM

Himpunan Soalan Bahasa Melayu Penggal 1 2019 Tingkatan 2 KSSM

Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.

Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.

Sekarang, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Sejak pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan pada dekad 1970-an, taraf Bahasa Melayu telah meningkat menjadi bahasa yang penting dan perlu dikuasai oleh semua golongan terutama murid-murd di sekolah. Pengajaran Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kemudian melalui zaman Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada 1980-an. Selanjutnya, pelaksanaan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) pada 2011 dan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) mulai tahun 2017 telah membawa perubahan yang penting kepada penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu. Kesimpulannya, setiap individu harus menguasai bahasa melayu untuk terus hidup dengan lebih produktif dan bermakna. Pos kali ini adalah perkongsian Koleksi Soalan Bahasa Melayu Penggal 1 2019 Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.

Berikut adalah Himpunan Soalan Bahasa Melayu Penggal 1 2019 Tingkatan 2 KSSM :

TOV

OTI 1

Bahan bahan yang dikongsikan seperti RPT, modul, kertas peperiksaan, nota dan pelbagai lagi adalah perkongsian bahan pdpc daripada rakan rakan guru seluruh Malaysia. Dibenarkan para guru, ibubapa atau pelajar berkongsi dengan rakan rakan yang lain.

Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah

Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.

 

Add Comment