TAWARAN KERJA KOSONG SUKARELAWAN MYVAC BAGI INDIVIDU 18 TAHUN KE ATAS
MyVac atau Sukarelawan Malaysian Vaccine Support Volunteer merupakan antara usaha kerajaan dalam menguruskan dan melancarkan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK) demi menangani isu pandemik Covid19 di Malaysia. Sukarelawan MyVac merupakan entiti yang ditubuhkan hasil kerjasama KKM, MOSTI, KPT, KBS dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS).
Situasi semasa Covid19 di Malaysia amat merisaukan, jika dibuat perbandingan pada waktu yang sama tahun 2020 kes tidak sampai 100, pada masa yang sama tahun 2021, kes harian Covid19 adalah pada julat 5000-8000 sehari. Secara jujurnya, selepas kejayaan kita hampir menghapuskan Covid19 pada tahun 2020, situasi sekarang adalah benar – benar luar kawalan kita.
Pelbagai kempen telah dilancarkan dalam membendung penularan wabak covid di samping beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pembudayaan budaya baru seperti pemakaian pelitup muka di tempat awam dan penjarakkan sosial telah menjadi rutin sejak PKP 1.0 dilancarkan. Usaha – usaha ini sedikit sebanyak mampu mengawal pandemik covid19 ini daripada terus merebak dan menjangkiti rakyat di negara ini.
Kejayaan usaha – usaha pembendungan tersebut dapat dilihat selepas kes harian pernah mencecah 1 sahaja pada tahun 2020. Walaubagaimanapun, kes covid19 harian negara telah mencecah sehingga hampir 10,000 kes sehari dan masih di sekitar 5000-7000 kes harian kebelakangan ini. Situasi semasa ini menjadikan penyelesaian muktamad bagi pandemik Covid19 hanyalah melalui keberkesanan PICK sahaja.
Justeru, Sukarelawan MyVac dicetuskan selaras hasrat kerajaan untuk meningkatkan bilangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) agar sasaran supaya 80% rakyat di Malaysia divaksin menjelang 2022. Sehingga kini terdapat 605 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara pada masa ini. Dalam menyokong peningkatan keberkesanan PPV, peranan MyVac adalah amat penting sebagai sokongan dalam membekalkan sumber manusia bagi pengoperasian PPV.
Pelaksanaan MyVac ini juga memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia untuk turut bersama – sama kerajaan dalam mencapai “Herd Immunity” bagi mengembalikan keadaan normal seperti sedia kala. Sehingga hari ini (22 Jun 2021), seramai 6 juta orang rakyat Malaysia telah divaksin.
Bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung langkah – langkah yang perlu diambil dalam memohon sebagai Sukarelawan MyVac, pautan di bawah boleh dilayari:
Marilah mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac, tunjukkan semangat patriotik anda dan bersama – sama kerajaan dalam mencapai “Herd Immunity” menjelang tahun 2022. Semoga tahun 2022 akan menjadi tahun bebas Covid19 bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, Insya – Allah.
SELAIN SUKARELAWAN MYVAC, TERDAPAT JUGA 63 SYARIKAT YANG MENAWARKAN KERJA KOSONG, KLIK SINI JIKA BERMINAT
imej hmetro dot my