JAWATAN KOSONG LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

JAWATAN KOSONG LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109). LPP merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab memajukan dan menjadi tulang belakang pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara. Bagi membolehkan lebih ramai warganegara Malaysia untuk menyertai badan berkanun ini , LPP ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan (Selasa, 15 Jun 2021) serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan kosong berikut:

 1. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19  

1.1 Mempunyai kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya yang diiktiraf Kerajaan Malaysia

1.2 Lulus Subjek Bahasa Melayu SPM dengan pencapaian minimum C

1.3 Gaji permulaan minimum RM1,353.00 (tidak termasuk elaun)

1.4 Penempatan di seluruh Malaysia

1.5 Jawatan adalah bertaraf tetap

2. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 

2.1 Mempunyai kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya yang diiktiraf Kerajaan Malaysia

2.2 Lulus Subjek Bahasa Melayu SPM dengan pencapaian minimum C

2.3 Gaji permulaan minimum RM1,352.00 (tidak termasuk elaun)

2.4 Penempatan di Kuala Lumpur

2.5 Jawatan adalah bertaraf tetap

3. Pembantu Awam Gred H11 

3.1 Mempunyai kelayakan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau setaraf dengannya yang diiktiraf Kerajaan Malaysia

3.2 Lulus Subjek Bahasa Melayu PMR dengan pencapaian minimum C

3.3 Gaji permulaan minimum RM1,218.00 (tidak termasuk elaun)

3.4 Penempatan di Kuala Lumpur

3.5 Jawatan adalah bertaraf tetap

4. Pengawal Keselamatan Gred KP11  

4.1 Mempunyai kelayakan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau setaraf dengannya yang diiktiraf Kerajaan Malaysia

4.2 Lulus Subjek Bahasa Melayu PMR dengan pencapaian minimum C

4.3 Gaji permulaan minimum RM1,205.00 (tidak termasuk elaun)

4.4 Penempatan di seluruh Malaysia

4.5 Jawatan adalah bertaraf tetap

Untuk maklumat lanjut jawatan kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), pemohon boleh merujuk pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat lengkap jawatan kosong terutamanya dari aspek bidang tugas.

MAKLUMAT LENGKAP IKLAN JAWATAN YANG DITAWARKAN  

Permohonan jawatan kosong LPP ini hanya boleh buat secara atas talian. Pemohon boleh mendapatkan capaian ke borang permohonan jawatan kosong di LPP dengan melayari pautan berikut; BORANG PERMOHONAN ATAS TALIAN 

IKLAN LAIN: KERJA KOSONG DI LEMBAGA GETAH MALAYSIA

 

 

lpp.gov.my

Add Comment