EURO 2020: Saksikan Cristiano Ronaldo;Dari Posisi Bertahan Ke Posisi Menjaringkan Gol Pertama Portugal Ketika Menentang Jerman

EURO 2020: Saksikan Cristiano Ronaldo;Dari Posisi Bertahan ke Posisi Menjaringkan Gol Pertama Portugal Ketika Bertemu Jerman

Euro 2020 mencatat sejarah apabila kejohanan ini terpaksa ditunda berikutan Pandemik. Covid19. Pentas Euro 2020 kali ini merupakan pentas terakhir Cristiano Ronaldo yang mencecah usia 36 tahun pada tahun ini.

Perlawanan kedua Kumpulan F yang turut menampilkan Perancis (Finalis 2016) dan Hungary berkesudahan memihak kepada Jerman dengan keputusan 2-4.

Meskipun tewas, Cristiano Ronaldo tetap menampilkan aksi menakjubkan dengan mempamerkan kekuatan fizikal dan kecergasan yang luar biasa.

Aksi memukau tersebut bermula pada minit ke 14 ketika Pasukan Portugal dalam keadaan bertahan daripada sepakan penjuru Jerman. Sepakan penjuru yang diambil oleh Tony Kroos itu ditanduk keluar oleh Ronaldo yang melompat tinggi mengalahkan penyerang Jerman.

Tandukan beliau berjaya menemui Bernado Silva yang kemudiannya membuat hantaran cantik di belakang pertahanan Jerman mencari Diogo Jota. Pemain berjersi no 21 Portugal itu mendada kemas hantaran tersebut sebelum melorongkan bola untuk mudah ditolak masuk oleh Ronaldo.

Kecergasan Ronaldo ketika menjaringkan gol amat menakjubkan dengan larian dari kotak penalti Portugal hingga ke kotak penalti Jerman untuk melakukannya.  Larian sejauh 80m itu dilakukan pemain itu dalam masa 15 saat bagi menyudahkan apa yang dimulakannya.

Jaringan tersebut menambah koleksi Ronaldo dalam Euro 2020 kepada tiga gol. Pemain terbaik dalam sejarah Portugal ini juga bakal memecahkan rekod Ali Daei jika menjaringkan 3 gol lagi untuk Pasukan Kebangsaan Portugal.

Meskipun aksi tersebut gagal membantu Portugal membenam Jerman dalam perlawanan tersebut, gol ini menunjukkan mengapa Ronaldo masih diperlukan oleh Portugal.

Dengan kekalahan Portugal, persaingan Kumpulan F Euro 2020 masih terbuka dengan Perancis di tempat teratas dengan 4 mata. Jerman dan Portugal pada kedudukan kedua dan ketiga dengan 3 mata manakalan Hungary 1 mata. Perlawanan terakhir Kumpulan F bakal menyaksikan ulangan final 2016 apabila Portugal akan menentang Perancis dan Jerman pula akan melayani Hungary. Sesuai dengan label kumpulan maut Euro 2020, nampaknya pasukan yang bakal ke pusingan kalah mati bakal diketahui selepas perlawanan ketiga.

Sepak mula Euro 2020 bermula pada 12 Jun 2021 dan siapa Raja Eropah untuk edisi kali ini akan diketahui pada 12 Julai.

Baca juga : Ronaldo yang mana lebih baik? Pandangan Kaka

Imej FB Cr7 fa club

Imej FB CR7 Fanclub

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment