HATI-HATI ! TAKTIK TERBARU SCAMMER
Salam sejahtera buat pembaca Travula sekalian. Pada post kali ini admin ingin berkongsi tentang taktik terbaru scammer yang boleh dikatakan sudah ramai yang terkena dengan taktik ini. Seperti kita sedia maklum, isu scam sememangnya benda yang tidak asing lagi daripada kita semua. Kita pernah mendengar Macau Scam di mana seseorang akan dihubungi dan menyamar sebagai agensi kerajaan (polis, imigresen, mahkamah) untuk memaklumkan terdapat denda atau bayaran yang perlu dijelaskan bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan. Lakonan mereka sangat realitistik, boleh dikatakan ramai yang sudah terkena dengan taktik mereka itu. Lagi menyedihkan, mangsa kehilangan sejumlah wang yang agak besar termasuklah ada mangsa yang kehilangan wang pencen beliau. Menurut mangsa yang pernah terkena Macau Scam ini, mereka dihubungi oleh nombor yang seolah-olah nombor milik pejabat kerajaan dan apabila diangkat, beliau akan menyebut tentang maklumat kita dan akan menyambungkan kepada agensi penyamaran lain (polis, mahkamah dsb). Disebabkan perasaan gelabah dan tidak membuat semakan dengan lebih terliti, mangsa yang dihubungi akan panik dan terus memindahkan wang tersebut kepada nombor akaun yang diberikan. Akhirnya, mangsa mengalami kerugian.
Namun, taktik Macau Scam ini sudah kurang efektif pada masa kini disebabkan peranan media sosial dan kerajaan dalam membendung kes seperti ini berulang. Pelbagai penangkapan dan pendedahan termasuklah khidmat pesanan yang disiarkan di televisyen dan juga cetakan di akhbar sudah cukup memberi pengetahuan kepada masyarakat untuk membendung kes scam ini daripada terus meningkat. Walaubagaimanapun, baru-baru ini terdapat satu taktik baru scammer yang telah dikesan menular di kalangan masyarakat. Semoga perkongsian ini mampu mengelakkan taktik scammer baru ini tidak berjaya.
TAKTIK SCAM TERBARU
Ini adalah perkongsian oleh saudara pemilik akaun twitter iaitu @_nuhailyaa yang dikenali dengan panggilan Nuha. Menurut Nuha, taktik scam yang terbaru ini telah menyebabkan dia kehilangan sejumlah wang disebabkan modus operandi terbaru yang dilakukan oleh scammer.
#1 Nuha menceritakan dia akan menerima satu SMS yang mengatakan ada individu yang cuba masuk ke akaun pemiliknya.
Di dalam SMS tersebut disertakan link bank yang cuba dimasuki oleh individu tersebut. Disebabkan panik beliau terus menekan pada link tersebut
#2 Interface bagi bank tersebut adalah sama seperti mana kebiasaannya jika kita menggunakan online banking
Disebabkan Nuha pengguna CIMB, link tersebut menggunakan nama CIMB Clicks.
#3 Pada paparan link tersebut akan meminta mangsa mengisi maklumat seperti User ID, Password, Contact Number dan IC Number
Nuha yang panic terus mengisi maklumat yang diminta kerana menyangkan itu adalah laman web rasmi CIMB.
#4 Pada page seterusnya, akan ada paparan untuk memasukkan nombor TAC
Setelah dimasukkan nombor TAC, automatik duit anda akan terus lesap.
Walaubagaimanapun, Nuha sempat berkongsi apa yang perlu dilakukan apabila kita dah terjerat pada taktik ini?
Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««
Like juga page facebook kami:
»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Mencari bahan sekolah rendah PT3 SPM STPM dan info berkaitan pendidikan? Layari sumberpendidikan.com
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.