LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL UNTUK LEPASAN SPM BAGI SESI BERMULA JANUARI 2022
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menawarkan 875 kekosongan bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil melibatkan jawatan – jawatan berikut.
Terdapat Lapan Jurusan Bagi Latihan Separa Perubatan Yang Bertaraf Diploma
1. Jururawat
2. Penolong Pegawai Perubatan
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Juruteknologi Makmal Perubatan
5. Penolong Pegawai Farmasi
6. Jurupulih Perubatan Fisioterapi
7. Jurupulih Perubatan Carakerja
8. Juru X-Ray (Radiografi)
Terdapat Dua Jurusan Bagi Latihan Separa Perubatan Yang Bertaraf Sijil
1. Pembantu Kesihatan Awam
2. Pembantu Pembedahan Pergigian
Syarat asas bagi memohon Latihan Separa Perubatan ini adalah seperti dinyatakan di bawah:
Syarat kelayakan
1. Warganegara Malaysia yang berumur:
a) tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan, atau
b) tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL); atau
c) tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (selain PSL)
2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, dan
3. Memenuhi syarat kelayakan akademik minimum pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berdasarkan jurusan Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk Maklumat Syarat Latihan.
Maklumat Syarat Latihan
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan
Bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung bilangan kekosongan sebenar bagi setiap bidang dalam Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan, boleh rujuk pautan INI.
Bagi permohonan untuk Latihan Separa Perubatan ini, boleh klik di pautan berikut:
Iklan yang ditawarkan ini adalah bagi pengambilan untuk sesi pembelajaran Januari 2022. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Julai 2021 jam 1159 malam. Permohonan selepas waktu tersebut tidak akan diterima dan diproses.
Permohonan bagi IPT termasuk universiti Awam, politeknik dan kolej komuniti boleh dibuat/dikemas kini melalui UPU ONLINE. Tarikh tutup UPU ONLINE adalah pada 2 Julai 2021, jam 5 petang.
imej spa dot gov
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Mencari bahan sekolah rendah PT3 SPM STPM dan info berkaitan pendidikan? Layari sumberpendidikan.com
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.