KERJA KOSONG SPRM : PEGAWAI SIASATAN GRED P41

KERJA KOSONG SPRM : PEGAWAI SIASATAN GRED P41

Kerja Kosong SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Kerja Kosong SPRM ini melibatkan jawatan sebagai Pegawai Siasatan Gred P41 dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Kerja Kosong SPRM bertujuan membolehkan pengisian jawatan di bahagian siasatan SPRM selaras fungsi dan tujuan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Menurut Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, SPRM berperanan:

  1. Menerima dan menimbangkan setiap aduan tentang pelakuan kesalahan bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu.
  2. Mengesan dan menyiasat setiap kesalahan, percubaan kesalahan dan komplot yang disyaki bawah Akta SPRM 2009.
  3. Meneliti amalan, sistem dan tatacara entiti awam untuk memudahkan penemuan kesalahan bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem, prosedur atau tatacara itu yang mungkin menjadi ruang untuk berlakunya rasuah.
  4. Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana individu, atas permintaan individu itu, tentang kaedah membanteras rasuah oleh individu tersebut.
  5. Menasihati ketua jabatan agensi awam tentang sebarang perubahan dalam amalan, sistem, prosedur atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan tanggungjawab dan fungsi agensi awam tersebut selaras dengan pertimbangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengurangkan risiko, kebarangkalian dan ruang rasuah terjadi.
  6. Mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam berhubung rasuah bagi menggalakkan orang awam turut sama berusaha membanteras rasuah.
  7. Meraih dan memastikan sokongan berterusan dan konsisten orang awam terhadap usaha membendung rasuah.

Individu yang berhasrat memohon jawatan yang ditawarkan dalam iklan kerja kosong SPRM ini hendaklah memiliki kelulusan sarjana muda dalam bidang –  bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Maklumat lengkap bagi jawatan yang ditawarkan dalam iklan kerja kosong SPRM ini adalah seperti pautan berikut : PEGAWAI SIASATAN P41 SPRM

Bagi memohon jawatan yang ditawarkan dalam iklan kerja kosong SPRM ini pula, pemohon hendaklah mengisi borang SPA9 secara atas talian seperti e borang yang disertakan di bawah. Pemohon baharu bagi kerja kosong SPRM ini hendaklah mendaftar terlebih dahulu dalam sistem SPA9 sebelum memohon dan hendaklah berbuat demikian selewat – lewatnya pada jam 1159 malam 25 Julai 2021 (Ahad)

BORANG PERMOHONAN ATAS TALIAN 

Selain jawatan yang ditawarkan melalui iklan kerja kosong SPRM di atas, terdapat jawatan lain ditawarkan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) seperti di pautan.

JAWATAN KOSONG DI KETENGAH

imej sprm

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment